06 March 2006

Kawan: "Aku tak kira, kau ganti balik!" / Aku: "Eh!"

Satu hari aku dan kawan aku yang datang luar dari Penang nak cari benda makan yang sedap tapi simple dan murah.

Aku: “Awak nak makan nasi lemak sedap?”

Kawan: “Sedap sangat ke?

Aku: “Antara yang tersedap di Penang ni. Bungkus dengan daun pisang semata-mata”

Kawan: “Betul sedap?”

Aku: “Betul…. Kalau tak sedap aku ganti duit kau balik”

Kawan: “Berapa sebungkus?”

Aku: “RM 1.00”

Kawan: “Biar betul kau. Murah siot. Bungkus kecik kot?”

Aku: “Besar la brader.”

Kawan: “Okay, aku percaya kau. Kau tipu aku, kau bayar balik duit aku!”

Aku: “Aku jamin, gerenti sedap punya! Kalau tak sedap aku bayar double!”

Kawan: “Baik. Kau nak berapa?”

Aku: “Dua”

Aku pun bawa kawan aku ke lokasi yang dimaksudkan. Dia turun dari kereta pergi beli nasi lemak, aku parking jauh sikit sebab tak ada tempat. Lepas beli dia datang.

Kawan: “Sial kau! Tipu aku!”

Aku: “Eh, kau tak makan lagi mana boleh kata aku tipu kau! Mana aci?”

Kawan: “Bukan masalah rasa, tapi harga sebungkus dah RM 1.50! Malu siot, dahlah duit aku tak cukup. Siap pakai duit syiling, pastu sorang awek tu tolong bayarkan lagi 30 sen tau!!”

Aku: “Bukan main marah kau….”

Kawan: “Malu tau tak! Aku tak kira! Kau bayar double duit aku!!”

Aku: “Eh?”

Hairan aku, rasa aku baru dua tiga hari lepas harga nasi lemak tu RM 1.00. Daun pisang dah nak pupus kot?

3 comments:

tujuh86 said...

Tong gas pun naik harga! Kau ingat mereka nak susah-susah masak sambal pakai dapur kayu?!

Pegawai Khalwat said...

Kayu api tu nak pupus kot. Tu yang mahal tu.

Sayuti said...

bukan. pelanggan nasik lemak itu yang makin pupus rasanya.