31 March 2006

Protes - Ulasan Yang Terpulas

Aku suka! Kerana aku telah menyaksikan sebuah pementasan yang menyegarkan. Protes yang digarap oleh Suria Ahmad memang segar (pada tanggapan aku). Kerana selalunya tiap kali aku menyaksikan cerita Protes, situasinya pasti dalam sebuah bilik, dengan pengarang sedang memerah otak mengarang. Manakala watak-watak Adam, Eva, Logos dan Isteri Logos akan muncul dari belakang pentas satu demi satu.

Tapi di bawah tangan Suria, dia meletakkan pengarang di ruang perhentian bas sedang menuju satu-satu dsetinasi, dan bila pengarang mula berkhayal dan mula menulis, watak-watak khayalannya hidup dari patung-patung dari sebuah kedai di belakangnya.

Jasri Che Ani, memegang watak pengarang memang menjadi. Mungkin juga kerana dia membawa watak diri sendiri yang lembut, tapi setidak-tidaknya dia bijak memikat audien. Watak-watak lain kurang menyengat, kerana keras dan kaku; tapi pada aku boleh dimaafkan kerana ruang khayalannya menghalalkan perbuatan dan sifat yang realisme.

Aku suka lagi kerana tempo berjaya dikawal oleh pengarah dengan baik. Contohnya bila tiba ketika Adam dan Eva bercintan-cintun dengan lenggok bahasa yang mengantuk, pengarah mengubahsuai sedikit pendekatan, dengan mengatakan pengarang mahu cinta yang penuh semangat, maka dimasukkan muzik yang rancak.

Secara mudahnya, walaupun ada kelemahan terutama dari segi lakonan watak pembantu, tapi secara keseluruhannya, memang berjaya membuatkan audien tidak mengantuk.

Ada punch, ada impact, tempo bagus.

Pass!

Ingat, pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni!

No comments: