27 March 2006

Sawo - Ulasan Yang Terpulas

Sawo karya S.M. Noor berbicara tentang nasib serta sebab dan akibat perbuatan orang Melayu. Walaupun cuma dibentangkan secara metafora, namun perlambangan yang digunakan dalam naskhah itu agak jelas.

Cukup…. Aku bukan nak berbincang tentang naskhah ini. Tapi tentang pementasan yang dibuat baru-baru ini oleh pelajar tahun akhir Lakonan dan Pengarahan USM. Sawo diarah oleh Kartini Wani, watak Sawo ditangani oleh Mohd Yusri, Ineng oleh Wan Norhaslini dan Matang oleh Halim Toha.

Yang paling aku suka tentang pementasan ini ialah eksperimentasi yang dibuatnya oleh para korus menggunakan lampu suluh. Dalam gelap gelita, lampu suluh menerawang kacau bilau. Cantik…. Tapi aku tidak pasti sama ada penonton faham maksudnya.

Perkara pertama yang paling dapat aku kesan ialah tempo cerita yang tak terkawal. Sekejap laju, sekejap perlahan. Punch & impact tiada dalam senarai. Lakonan tidak bertenaga, mungkin kerana stamina yang kurang. Korus seperti tiada fokus, tiada fungsi jelas yang timbul.

Terlalu banyak benda yang nak dimasukkan tetapi adakalanya tidak membawa erti kepada audien. Sayang sekali. Kerana Sawo adalah naskhah yang wordy, oleh itu audien harus dibawa menghayati setiap patah perkataan. Kecuali jika patah-patah kata itu telah digantikan dengan visualisasi atau lain-lain.

Tapi pujian harus diberi kerana percubaan penggunaan multimedia. Aku tahu, kerja-kerja itu bukan mudah. Cuma aku nampak video yang ditayangkan itu terlalu kosong. Tiada langsung effect-effect untuk membezakan antara cerita dan juga pergolakan dalaman Sawo.

Cukuplah. Tahniah kepada pengarah kerana mahu mencuba sesuatu yang aku kira baru di kalangan mereka. Ulasan aku tidak bermakna aku bagus. Kerana aku juga masih belajar. Aku melihat sebagai audien. Aku mengulas berdasarkan citarasa aku. Citarasa orang lain belum tentu sama.

3 comments:

gitarlele said...

en PK, tanya skit kat hang
korus tu merujuk pada apa ha?

para korus menggunakan lampu suluh (kat sini nampak macam krew je)

Korus seperti tiada fokus,(tang ni apa pulak)

nak belajaq jugak!

Pegawai Khalwat said...

camna aku nak jawab soalan hang.

Tapi dalam cerita ni, korus tu merujuk kepada watak-watak tambahan yang diwujudkan tidak secara realisme.

Menggunakan lampu suluh di belakang stage itu krew, tapi ini di depan stage, di kawasan persembahan.

Korus tiada fokus maksudnya aku tak tahu apa tujuan korus tu diwujudkan. Mungkin juga aku ni yang tak reti sebenarnya.

Menjawab soalan?

gitartong said...

ok. bolehlah membantu sedikit..