29 March 2007

Fikir Fikir

Sesetengah orang tidak dapat bekerja dengan baik dalam tekanan. Tapi aku tidak pasti sama ada definisi baik itu dapat aku aplikasikan dalam cara aku bekerja ketika dalam tekanan. Tapi yang pasti aku tiada masalah bekerja dalam tekanan.

Bulan-bulan sebelum ini aku memang pada tahap maha sibuk, hinggakan aku mengabaikan sebahagian besar kerja-kerja kreatif dalam Devian Dogma. Otak kanan aku tidak dapat berfungsi dengan baik pada ketika itu terutama bila setiap masa aku diasak dengan deadline jangka pendek. Maka bak kata Covey, "put first thing first". Maka terabailah minat aku.

Bila esok lusa aku nak pentaskan Devian Dogma ni, barulah otak kanan aku berfikir dengan pantas. Tapi aku terperangkap pula dengan kerja-kerja pengurusan yang terpaksa aku buat. Tapi sekarang pandangan aku dah makin jelas. Aku sudah nampak visual yang akan aku sampaikan setelah dibuat beberapa perubahan akibat kekangan masa, buruh dan kos.

Aku tidak tahu bagaimana orang lain berfikir secara kreatif atau dari mana mereka mendapat idea. Tapi bagi aku, ada beberapa perkara yang merangsang idea kreatif aku. Pertama bila aku menonton filem-filem, tidak kiralah apa filem pun. Ini termasuklah drama televisyen dan sebagainya.

Yang kedua bila aku memandu atau menunggang motosikal berseorangan pada jarak jauh. Memberi aku peluang untuk berfikir panjang, selagi aku tidak dibebani dengan perkara lain terutamanya perihal kerja.

Yang ketiga bila aku lepak bersama para sahabat di kedai mamak, sambil minum kopi atau susu segar campur telur, bersembang tentang teater, dan di situ juga otak kanan aku dengan pantas akan berfikir secara kreatif.

Pada masa-masa yang lain, aku sangsi. Tidak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, tiba-tiba aku dapat idea cantik punya ketika sedang bermesyuarat. Atau ketika aku sedang mengendalikan program. Atau ketika aku sedang makan nasi di rumah. Mungkin sebab itulah aku tidak boleh berfikir secara genius. Orang yang genius boleh berfikir dan mendapat idea di mana-mana saja.

Tunggu apa lagi? Mulalah berfikir.

27 March 2007

Nostalgia Nasi Beratur

Beberapa hari saja lagi pementasan aku dan rakan-rakan akan bermula. Ada benda yang dah siap, tapi ada benda yang tak siap. Biasalah tu. Aku tak kisah sangat sebab aku ini fleksibel orangnya.

Tapi aku bukannya nak bercakap tentang pementasan aku. Semalam, aku singgah makan dekat nasi beratur di sebuah kawasan perumahan yang agak dekat dengan kawasan pementasan aku. Aku panggil nasi beratur kerana setiap kali pergi mesti kena beratur. Tak tahulah apa orang setempat panggil gerai tu.

Seingat aku, gerai tu dah ada dari mula-mula aku menjejakkan kaki di asrama sekolah yang juga berdekatan dengan gerai itu. Mula-mula jadi junior tu, aku tak biasa sangat dengan nasi tu. Al-maklumlah, dibuka hanya selepas pukul tujuh, dah masuk waktu perintah berkurung pun. Tapi bila dah masuk tingkatan tiga, dah mula kenal kurang ajar dan pemberontakan, maka nasi beratur jadi pilihan selain beberapa menu lain di kawasan itu.

Iyelah, siapa yang larat makan ikan naga, bihun dawai, nasi beras. Dapat merasa makanan yang dijual dah dikira syurga. Menu utama, nasi, gulai daging, telur, ubi. Sebab itu yang paling murah. Kalau ada duit sikit, bolehlah makan ayam, ikan bareback atau ikan belah belakang, dan sebagainya.

Gerai tu dekat pula dengan surau. Dekat sangat. Jadi selalunya, bila kami keluar, waktu Maghrib, jika dengar suara yang mengimamkan Maghrib tu adalah ketua warden kami, maka kami akan timing betul-betul. Sempat tak beratur sehingga habis solat dan doa. Bukan apa, takut ustaz ketua warden tu keluar tengok ada muka kami di luar kawasan asrama waktu perintah berkurung. Tak pasal-pasal kena. Kalau agaknya tak sempat, maka kempunanlah kami walau lauk dah ada depan mata.

Sekarang masih ada lagi. Siapa yang nak mencuba, bolehlah. Datang ke Tanjung dan aku akan bawa. Ini bukan nasi kandar dan bukan iklan nasi kandar.

22 March 2007

Imejan Teater "Blind Date"






Teater "Blind Date"
Karya & Arahan Shah Zainal
Untuk teater "Sesat", maaf aku tak sempat langsung menonton teater kalian.

19 March 2007

Rebranding Produksi Teater?

Ketika aku menulis entri ini, sebenarnya aku sedang sakit kepala. Sakit kerana tidur yang tidak cukup dan kerja yang overload. Ada program besar yang aku kena selesaikan. Kerja tetap kerja.

Tapi entri oleh Art sebenarnya telah membuatkan aku turut berasa mahu bersuara pada kali ini. Aku nak bercakap tentang penjenamaan semula produksi teater. Orang putih kata rebranding. Jangan samakan entri aku ni dengan penjenamaan semula teater di Malaysia, kerana itu biarlah bijak pandai yang bercakap tentangnya. Aku lebih suka kecilkan skop kepada satu-satu produksi.

Seperti mana yang kalian tahu, tahun ini adalah tahun Festival atau Manifestasi Teater di setiap Negeri. Dipanggil festival jika lebih dari enam kumpulan masuk dan manifestasi jika kurang dari lima. Dan tahun ini juga ada antara rakan-rakan aku akan mementaskan naskhah yang sama, jika aku boleh katakan sama, dengan sentuhan kosmetik. Ubah sana, ubah sini, mantapkan apa yang patut.

Memang tak ubah seperti menjenamakan semula sebuah pementasan yang lama. Nak pula teater yang nak dijelmakan balik ini pernah mendapat anugerah pada tahun-tahun yang lepas.

Aku melihat ini sebagai satu strategi.untuk menang. Yelah, kalau kau dah tahu cacat cela pemainan kau, maka tentulah dapat diperbaiki lagi. Macam permainan bola sepak contohnya. Sebuah pasukan yang baru pertama kali bermain pasti aka nada cacat celanya, natijahnya kalah dalam pertandingan. Yang midfielder main striker, yang striker semput, yang defend main ganas nak mampus, dan sebagainya. Jadi bila tiba perlawanan kedua dan seterusnya, berkat latihan berulang kali, semua kelemahan ini diatasi satu demi satu.

Sama juga prinsipnya dengan pementasan teater. Pementasan kali pertama akan menerbitkan segala cacat cela. Blocking tak betul, pace tak kena, penghayatan kurang, speaker hissing kuat sangat, face light tak cukup dan seribu macam benda lagi. Jadi bila dipentaskan kali kedua dan seterusnya, semua kekurangan ini akan dapat diperbaiki.

Itulah salah satu sebabnya aku mengadakan pementasan keliling; untuk memantapkan produksi yang aku bawa. Bolehlah aku tengok apa yang tidak kena sepanjang pementasan. Sama jugalah dengan contoh bola sepak yang aku beri. Tapi jangan salah faham, aku bukan berniat untuk menang. Aku berniat untuk yang terbaik, untuk audien, untuk produksi dan untuk aku. Barulah semua puas hati.

Tapi persoalan yang Art timbulkan ialah bila sesebuah pementasan itu, yang dipentaskan oleh pengarah yang sama, sudah agak lama selang masanya, mahu dipentaskan lagi, itupun bila tiba musim berteater. Maka naskhah asal itu pun dicincang, dibentuk menjadi lebih baik lagi. Cerita diolah semula, watak ditambah mungkin dibuang, jalan cerita berubah, walaupun objektif cerita sama. Maka Art pun mempersoalkan, kenapa cerita yang sama? Kenapa tidak dicuba cerita-cerita yang baru dan buat kesilapan yang baru supaya kita boleh belajar dari kesilapan yang baru dan menjadi lebih gigih.

Ada juga yang mementaskan cerita yang sama, tanpa sebarang olahan, cuma pada teknik pengarahan dan susunan set. Itupun kalau dibuat begitu, tapi nampaknya yang ada ini lebih suka fotostat saja kenangan lama, di tampal bulat-bulat kerana itu lebih mudah kerana pementasan ini telah terbukti kualitinya. Di mana rebrandingnya itu? Pada aku ia lebih kepada refotostat. Strategi untuk menang barangkali.

Maka kalian fikir dan bayangkanlah sendiri. Wajar atau tidak. Adakah mereka berlaku zalim pada diri sendiri dan gelanggang teater itu, dan para penontonnya.

16 March 2007

Pendukung Watak Teater "Devian Dogma"


Tejo "Sang Pemburu Hantu"

Surti "Susuk" Wagiman

Jamrud "Orang Minyak"

Wanita Cantik I

Wanita Cantik II

Imejan Teater 'Raja Lawak'





Teater 'Raja Lawak'
Karya Zakaria Ariffin
Arahan Hafiz Mohamad
Seperti mana semua pementasan sebelum ini, yang ini pun aku tengok tak habis.

14 March 2007

Kencing Yang Kencing

Semalam aku bersama beberapa sahabat, lepas latihan teater, kami lepak melepas lelah di sebuah gerai char kuey teow. Seorang sahabat bertemu sahabat lamanya di situ lalu bercerita panjang. Kawan ni duduk mana, kawan tu kerja mana.

Sahabat Lama : Si Anu hang tau ka dia dok buat apa la ni?

Sahabat Aku : Oh.... dia tu dah ada kareer tetap sekarang.

Sahabat Lama : Kerja apa?

Sahabat Aku : Kerja dengan majlis perbandaran.

Sahabat Lama : Tu ka?

Sahabat Aku : Tapi cukup celaka dia. Pagi-pagi buta mai ketuk rumah aku.

Sahabat Lama : Awat? Minta jadi penjamin?

Sahabat Aku : Penjamin kejadah apa. Suruh aku kencing. Dua kali pulak tu. Tengah hari mai lain, kata tumpah. Celaka betoi! Nak kencing orang suruh aku kencing pulak.

Imejan Teater "The Maids"






Teater 'The Maids'
Karya adaptasi. Karya asal aku tak tahu siapa.
Arahan Jamiah

09 March 2007

Kuih Gedong Chak

Masih cantik dan segar walaupun dah sejuk sebab di simpan sampai malam. Sibuk beb!

Dah dilondehkan kainnya sarungnya. Menunggu masa untuk dibaham.


Close up kuih gedong chak.


Dah mula beralih arah. Aku kuis. Air liur dah menitis.



Sisa-sisa yang masih tinggal. Itu pun sebab tak boleh di makan.

Kuih gedong chak adalah antara kuih tradisional Melayu Utara yang dah semakin dilupakan. Tak percaya, kalian boleh tanya pada tok-tokwan yang masih hidup. Kalau tanya generasi sekarang ni, aku boleh jamin kerat kuku bahawa ada yang tidak pernah dengar langsung nama kuih ni, apatah lagi merasanya.

Itu aku tak masuk lagi kuih tepung torak, tepung pelita, tepung gomak, yada... yada...yada....

Kapish?

Imejan Teater "Menyerahnya Seorang Perempuan"






Teater "Menyerahnya Seorang Perempuan"
Karya Usman Awang
Arahan Suhadai Hassan
Psss..... pun aku tak tengok habis. Rasanya semua teater bulan ni aku tengok tak habis.

07 March 2007

Imejan Teater "TiVi"






Teater "TiVi" yang tidak habis aku tengok. Antara adegan awal yang sempat di snap.
Karya Faisal Tehrani dari cerita asal Shahnon Ahmad.
Arahan Rozihan Hassan.

06 March 2007

Bulan Teater

Bulan ini sepertimana bulan-bulan yang sama pada setiap tahun, akan berlangsung festival projek tahun akhir Lakonan dan Pengarahan, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Tapi begitu malang bagi aku, kerana bulan ini juga aku maha sibuk. Sibuk dengan kerja hakiki, sibuk dengan projek Devian Dogma aku, dan menyebabkan aku terlepas persembahan yang pertama, The American Dream. Sayang sangat aku rasa kerana aku tak dapat belajar sesuatu dari persembahan tu.

Ada sembilan persembahan lagi akan datang. Tivi, Menyerahnya Seorang Perempuan, The Maid, Raja Lawak, Sesat, Blind Date, Bukan Bunuh Diri, Tukang dan Terdampar. Dan semua ini dalam laluan latihan intensif pementasan aku. Tak tahulah macam mana aku nak bahagikan masa. Mungkin ada yang akan aku lepaskan.

Jika kalian berminat untuk datang menonton, boleh hubungi aku di sini untuk keterangan lanjut. Akan aku beri petua dan plan.