29 April 2007

Semerah Padi Diteaterkan, Bagaimana?

Baru-baru ini aku menonton lagi Semerah Padi. Bukan Sumpah Semerah Padi dan bukan juga Mentera Semerah Padi. Tapi sebuah filim lakonan mantap P.Ramlee dan Nordin Ahmad.

Pada aku, inilah filem terbaik P.Ramlee, cerita asal Omar Rojik, lakon layar juga P.Ramlee. Daripada plot ceritanya, lakonannya, pengarahannya, mis en scene nya, sinematografinya, bahasa filemnya; memang tinggi kalau nak dikira tahun 1956 ia diterbitkan.

Dan itulah saja filem yang kita boleh dengar laungan azan oleh P.Ramlee. Dan ada beberapa perubahan pada cerita asal Semerah Padi. Kalau ikut Omar Rojik, beliau mahu ketiga-tiga watak mati. Cuba jengok filemkita.com .


Aku sangat berkira-kira mahu mementaskan Semerah Padi ini. Tidak kiralah sama ada sebagai teater adaptasi, purbawara mahupun bangsawan. Tapi memikirkan kerenah birokrasinya yang melibatkan royalty dan sebagainya, sedikit sebanyak telah menangguhkan usaha aku.

Aku boleh hentam jalan saja, tapi ke belakang nanti, takut juga banyak cerita. Lebih baik bersedia dari disaman berjuta sedangakan untungnya entah ke mana.

Tapi, satu masa....... aku akan buat jugak!

Demam Teater Di Tanjung Akan Bermula

Sejak kebelakangan ini aku agak jarang blog hopping dan singgah memberi komen pada blog kawan-kawan. Meskipun tidak begitu sibuk dengan projek, tapi sibuk pula membantu orang lain punya projek dan membuat penyelidikan aku, di samping terpaksa hadir mesyuarat dan jadi wakil ke mesyuarat, di samping curi-curi buat kerja-kerja teater bila ada masa terluang,

Sebut tentang teater, tidak lama lagi kalian akan dapat lihat aku agak rajin mengemaskini entri bila aku mula memberi komen kepada persembahan lima belas buah kumpulan teater baru dan lama sempena Festival Teater Pulau Pinang 2007. Baru-baru ni baru saja selesai kursus pengenalan teknikal dan pengurusan pentas, dan aku serta rakan-rakan teater dan juga rakan-rakan urusetia sudah nampak segala macam ketegangan, kelucuan, keseronokan yang akan melanda mulai 1 Julai hingga 21 Ogos 2007.

Cukup cakap. Nah, ini jadualnya.

1 Julai 2007 (Ahad)
Kumpulan Anak Pentas Teater MRSM Transkrian
‘Ayob’ karya Ahmad Nizam Ramli

4 Julai 2007 (Rabu)
GABUS (Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Tasek)
‘Senang Beringin Sdn. Bhd.’ Karya Jamly Bahrulddin

8 Julai 2007 (Ahad)
Persatuan Te.Ta.Mu. (Teater, Tari dan Muzik) Pulau Pinang
‘Baju Emas Sang Maharaja’ karya Dato’ Johan Jaafar

11 Julai 2007 (Rabu)
PERSADA (Persatuan Seni dan Budaya UiTM Pulau Pinang)
‘Plastik’ Karya Fae

15 Julai 2007 (Ahad)
Persatuan Kebudayaan Gerakan Belia 4B Kepala Batas
‘Degup Jantung’ karya Usman Awang

18 Julai 2007 (Rabu)
Kumpulan Teater Penang Free School
‘Sayang Sri Tanjung’ karya Razali Ridzuan

22 Julai 2007 (Ahad)
ABAD (Angkatan Budaya Balik Pulau)
‘Ayu Si Putih’ karya Seni Bayan

25 Julai 2007 (Rabu)
Kelab Kebudayaan Anak Seni Warisan, Kolej SEGI Pulau Pinang
‘Ludin’ karya Abdul Aziz H.M.

29 Julai 2007 (Ahad)
Kelab Kebudayaan Anak Wayang, Kolej Segi Pulau Pinang
‘Alahai Menantu’ karya Razali Taib adaptasi cerpen karya Prof. Madya Haji Taha Kadir

1 Ogos 2007 (Rabu)
Pusat Seni Mutiara – Anak Seni
‘Salah Siapa’ karya Rohani Ahmad

5 Ogos 2007 (Ahad)
Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang
‘Telefon’ karya Siti Nur Abdul Rahim

8 Ogos 2007 (Rabu)
Persatuan KERSANI (Tenaga Kreatif Seni)
‘Kerana Cinta’ karya Razali Ridzuan adaptasi Bisikan Mustika karya Razali Ridzuan

12 Ogos 2007 (Ahad)
Persatuan Teater Resdong
Titik Mula Titik Akhir karya A.B. Noor

15 Ogos 2007 (Rabu)
S.I.C.K. (Persatuan Kebudayaan Ilham Cetusan Kreatif)
Waktu Sesudah Itu karya Othman Zainuddin

19 Ogos 2007 (Ahad)
Persatuan BAKAWALEE (Badan Kesenian Warisan P.Ramlee)
‘Devian Dogma’ karya Dudok


Semua pementasan akan dilaksanakan di Auditorium P.Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni Pulau Pinang (Rumah P.Ramlee). Masuk adalah Percuma.

Siapa yang menang atau kalah tidak penting. Yang penting bagi aku, biarlah yang terbaik itu yang menang, agar dapat menggalas cabaran ke Festival Teater Kebangsaan pula.

26 April 2007

Faham tak?

Suatu ketika di sebuah tempat yang agak terkenal.

Aku : Page 1 dan page 2 ni, tujuannya untuk kita nyalakan balik lampu yang telah kita set pada dimmer dan point kat sana. Lepas kita pilih lampu mana yang nak dinyalakan, contohnya lima buah lampu ni, kita boleh rekod di scene master. Begitulah seterusnya. Faham?

Mereka : Faham!

Aku : Ada soalan?

Mereka : Boleh tak kalau kita pilih dua lampu ni saja, pastu gabungkan sekali? Kalau kita nak buat satu-satu saja macam mana?

Aku : Hummm..... page 1 dan page 2 ni.........

23 April 2007

Konsortium Teater Tanjung

Aku berasa bangga dan lega sekarang. Kerana di kalangan penggiat teater Tanjung, sudah wujud darah baru di dalam dunia pengarahan. Itulah bagusnya, memeriahkan lagi teater di Tanjung ni. Kerana bagi aku, setiap pengarah ada syle dan signaturenya yang tersendiri. Jadi tidaklah setiap kali dengar kata ada pementasan teater, orang itu saja yang mengarah. Harimau tiap-tiap kali asyik makan kijang, rasa jemu jugak. Nak juga rasa kambing peliharaan orang, tak pun merasa orang itu sendiri.

Nak kata mereka ini generasi baru, tidaklah juga. Kerana satu zaman dengan aku dan rakan-rakan yang lain. Yang nak membezakan mungkin cuma siapa dulu dan siapa belum. Buah mula tu, pastinya ada banyak kelemahan. Kami yang dah beberapa kali mengarah inipun banyak juga buat silap. Jadi sama-samalah membetulkan apa yang dirasakan silap.

Ohh......silap! Aku tidak patut gelar ia sebagai kesilapan kerana tidak ada yang silap dalam seni, tidak ada yang silap dalam teater. Patutnya aku panggil ini sebagai anomali. Sebenarnya sudah menjadi seperti satu budaya di kalangan kami penggiat teater di Tanjung ini, untuk sama-sama berkumpul setiap kali selepas satu-satu pementasan atau rehearsal ataupun pada mana-mana latihan, untuk memberi komen bagi memantapkan lagi mutu persembahan. Tidaklah semua komen itu akan digunapakai, meskipun semuanya patutlah diterima sebagai komen peribadi. Yang mana rasanya elok, akan dipakai.

Di kalangan aku dan rakan penggiat teater di Tanjung (tidak semua), telah tertubuh konsortium teater secara tidak rasmi. You scratch my back, I’ll scratch yours, bak kata orang putih. Bila ada, mana-mana pementasan oleh mana-mana ahli consortium, maka ahli yang lain akan datang membantu, biarpun tidak sepenuhnya. Tapi bila bab kritik, tetap kritik juga. Bezanya, biarpun dikritik dan mengkritik, tapi kami tetap hormat pada karya orang lain. Sebab orang itu ada hak pada usaha kerasnya (kalau dia berusaha keraslah).

Dah banyak aku melalut. Cadangnya nak bercakap tentang kebejatan sosial dan teknologi, dah jadi lain. Tunggu entri lainlah.

17 April 2007

Nilai Yang Hilang

Perubahan budaya itu kadangkala memang menakutkan. Kalau masa zaman aku kecik-kecik dulu, yang dipaparkan di dalam kaca televisyen atau pawagam, adalah kisah rumahtangga yang retak akibat orang ketiga. Dan kebiasaannya si isteri akan risau jika suaminya kahwin lain. Itu budaya yang dipaparkan pada ketika itu. Walaupun aku yakin sejak zaman sebelum kolonial lagi maksiat dan zina telahpun berlaku, tetapi tidaklah dipaparkan secara nyata di atas layar.

Pada sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jika dipaparkan kisah kemelut rumahtangga di mana-mana layar, maka tidak banyak lagi dipaparkan kerisauan si isteri yang suaminya akan kahwin lain. Tetapi yang dipaparkan adalah kerisauan si isteri bahawa suaminya ada perempuan simpanan atau curang. Sepertinya hubungan seks tanpa nikah itu sudah menjadi kebiasaan.

Bukannya aku salahkan pengamal seni layar ini, dan tidaklah pula aku salahkan masyarakat, tapi aku cuma ingin tegaskan di sini, tentang budaya kita yang berubah. Tentang penerimaan masyarakat yang dah berubah. Walaupun perihal seks masih dianggap taboo di kalangan masyarakat kita, tapi berita tentang seks sudah menjadi biasa.

Kalau dulu anak-anak sekolah terutamannya di luar bandar, malu alah kalau digandingkan dengan rakan berlainan jantina, tapi sekarang hari-hari mau. Kalau zaman aku dulu, menyebab k**e walaupun bukan atas dasar memaki, jika dilaporkan oleh rakan maka akan terimalah hukuman dari guru. Tapi anak-anak sekarang kalau menyebut p***m**k kau, sudah seperti makan nasi tiap hari. Lebih hebat kalau boleh sebut sh*t mo****f**k*r, makian dalam bahasa Inggeris. Itu tak termasuk bahasa Cina dan Tamil lagi.

Nilai itulah yang semakin hilang di kalangan generasi kita sekarang ini.

10 April 2007

Lima Buah Tempatan Mula Dengan Huruf L

Satu malam, di sebuah restoran, sedang kami minum-minum, aku dan kawan bermain teka-teki. Beberapa teka-teki dikeluarkan, maka giliran aku bertanya.

Aku : Okey, hang dah bersedia?

Kawan : Aku anytime!

Aku : Aku nak hang jawab dalam masa lima saat boleh? Okeylah, takpa 10 saat.

Kawan : Tengok soalan la. Kalau susah mampuih aku nak jawab 10 saat.

Aku : Senang saja. Nama buah-buahan tempatan.

Kawan : Nama buah-buahan tempatan? Kacang tu.

Aku : Namakan lima...... dalam masa 10 saat...... buah-buahan tempatan yang bermula dengan huruf L. Lima saja.

Kawan : Errr..... limau.......

Aku : 1 limau

Kawan : Err.....emmm......

Aku : 2, 3, 4........

Kawan : Laici!

Aku : Laici bukan buah tempatanlah! 5, 6, 7......

Kawan : Err........ apa dia aahhh?

Aku : 8, 9, 10. Masa dah habis.

Kawan : Eleh.......... kalau 3 jam pun gerenti hang tak boleh bagi. Mana ada lima jenis buah tempatan mula huruf L.

Aku : Ada....... Limau, langsat

Kawan : Aisehh....... langsat...... terlupa...... lagi? Lagi?

Aku : Lambutan, Lulian, Lambai, Luku, Lokong, tu dah enam tu.

Imejan Kedua Teater 'Devian Dogma'

Jamrud mematahkan serangan Tejo dan melumpuhkannya.

Surti bertekak dengan Tejo.

Barisan pendukung watak Tejo, Jamrud, Surti dan wanita cantik.

Komplot Surti dan Jamrud.

Tejo sedang menyoal Jamrud, berlatar-belakangkan set.

06 April 2007

Imejan Pertama Teater 'Devian Dogma'


Watak-watak utama Devian Dogma

Rakan-rakan produksi yang membantu

Set sedang dirobohkan


CSI?


Rupa set tanpa cahaya. Meja tu bukan set, sementara saja.

(Imejan semasa persembahan di ambil oleh orang lain. Nanti aku muat naik).

03 April 2007

Sekali Air Bah, Sekali Budaya Berubah

Tak lama lagi akan ditayangkan filem Jangan Pandang Belakang. Dan sekarang ni pun rasanya sedang ditayangkan Chermin. Dulu ada Potret Mistik dan khabarnya PM A.Razak sedang dalam perancangan sebuah cerita seram yang baru. Dah selesai penggambaran.

Eloklah. Sekurang-kurangnya kita tahu industri filem kita tidak sepi. Walau harus aku akui yang aku memang amat jarang menonton filem di pawagam. Kecuali filem itu dapat review yang baik atau trailernya sangat menarik, atau filem-filem mega yang memang aku nantikan kemunculannya, maka aku tidak akan menonton. Bukan tidak suka, tapi tiada masa. Kerana tiap kali aku menonton, pasti akan ada 10 panggilan tak terjawab. Tidak kiralah siang atau malam.

Betul kata orang, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali tukar kepimpinan, sekali corak pemerintahan berubah. Kali terakhir aku menonton filem seram Melayu ialah filem Perawan Malam lakonan Ziela Jalil. Itupun dalam format VHS. Selepas itu, dah tak ada filem seram Melayu yang diterbitkan dengan larangan menerbit dan menayangkan filem-filem yang tahyul dan ganas.

Kalau dulu, kerap juga dapat menonton hantu cina yang melompat-lompat sambil mendepakan tangan. Diletakkan azimat di dahi mereka maka mereka pun senyap. Kalau nak mengelakkan diri dari di makan hantu, maka tahan nafas seolah-olah dah mati. Hantu cina sekarang pun dah berubah, dah tak melompat macam dulu lagi (berdasarkan filem yang dibawa ke Malaysia, kalau masih ada hantu yang melompat di sana, tak tahulah pulak aku).

Panjangnya intro. Sebenarnya aku nak bercakap tentang budaya yang kian berubah. Bukan setakat di Malaysia, tapi di mana-mana saja. Lihat saja filem-filem tentang hantu ini. Dulu, budaya hantu di Malaysia terhad kepada toyol, pontianak, langsuir, pocong dan beberapa nama lagi. Toyol dan pontianak memang dah ada orang buat cerita. Yang lain tu aku tak tahu kenapa tiada orang buat.

Tapi lihat saja sekarang ni, filem hantu Malaysia dah banyak berubah. Kecuali Pontianak Harum Sundal Malam yang memang merupakan pontianak, filem-filem lain sudah tidak meletakkan ikon-ikon hantu ini sebagai pilihan. Hantu ini sudah ada pelbagai bentuk yang lain. (Jangan dibincangkan perihal metafizik dan keagamaan di sini tentang hantu dan syaitan atau makhluk halus, kerana aku bercakap tentang budaya semata).

Begitu jugalah halnya dengan filem Hong Kong, dulu hantunya melompat-lompat, sekarang dah boleh terbang dan berlari. Boleh merasuk melalui telefon lagi. Begitu juga halnya dengan filem Siam. Nang Nak adalah kayu ukur yang baik kerana ia dibikin dari legenda, tapi hantu-hantu moden dah tak begitu.

Hollywood? Jangan tanyalah. Sebab memang mereka tidak ada budaya yang kekal. Sejarah mereka pun bermula sejak Columbus menjejak kaki ke Amerika Utara. (Sekali lagi, jangan dibangkitkan polemik tentang seorang ahli pelayaran Cina yang terlebih dahulu menjejakkan diri di sana). Hantunya pun pelbagai, dari yang berupa hodoh, sehinggalah ke pontianak yang cantik tapi bergigi tajam, kepada hantu yang tidak berupa.

Budaya itu berubah. Selalunya tanpa orang sedar.