17 April 2007

Nilai Yang Hilang

Perubahan budaya itu kadangkala memang menakutkan. Kalau masa zaman aku kecik-kecik dulu, yang dipaparkan di dalam kaca televisyen atau pawagam, adalah kisah rumahtangga yang retak akibat orang ketiga. Dan kebiasaannya si isteri akan risau jika suaminya kahwin lain. Itu budaya yang dipaparkan pada ketika itu. Walaupun aku yakin sejak zaman sebelum kolonial lagi maksiat dan zina telahpun berlaku, tetapi tidaklah dipaparkan secara nyata di atas layar.

Pada sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jika dipaparkan kisah kemelut rumahtangga di mana-mana layar, maka tidak banyak lagi dipaparkan kerisauan si isteri yang suaminya akan kahwin lain. Tetapi yang dipaparkan adalah kerisauan si isteri bahawa suaminya ada perempuan simpanan atau curang. Sepertinya hubungan seks tanpa nikah itu sudah menjadi kebiasaan.

Bukannya aku salahkan pengamal seni layar ini, dan tidaklah pula aku salahkan masyarakat, tapi aku cuma ingin tegaskan di sini, tentang budaya kita yang berubah. Tentang penerimaan masyarakat yang dah berubah. Walaupun perihal seks masih dianggap taboo di kalangan masyarakat kita, tapi berita tentang seks sudah menjadi biasa.

Kalau dulu anak-anak sekolah terutamannya di luar bandar, malu alah kalau digandingkan dengan rakan berlainan jantina, tapi sekarang hari-hari mau. Kalau zaman aku dulu, menyebab k**e walaupun bukan atas dasar memaki, jika dilaporkan oleh rakan maka akan terimalah hukuman dari guru. Tapi anak-anak sekarang kalau menyebut p***m**k kau, sudah seperti makan nasi tiap hari. Lebih hebat kalau boleh sebut sh*t mo****f**k*r, makian dalam bahasa Inggeris. Itu tak termasuk bahasa Cina dan Tamil lagi.

Nilai itulah yang semakin hilang di kalangan generasi kita sekarang ini.

12 comments:

jinggo said...

ini lah realiti kehidupan yang kita kena terima...........
tak kira samaada kita nak atau tak nak............
ia tetap akan belaku........
satu lagi.........
semakin maju sesuatu negara itu semakin ganas rakyat nya..........
mcm m'sia dulu kes bunuh kurang....
tapi sekarang hari-hari kita boleh dengar kes bunuh di tv, peper dan radio............
RENUNG-RENUNGKAN LAH......

Unknown said...

Memang.. skang nk besarkan anak pun takut. benda y kita x ajar d umah dia akan dpt d luar.. kadang2 benda2 y disebut boleh buat kita terdiam, x tau mcm mana nk jawab.

Pandang Dengar Diam said...

mungkin 1 hari nanti org akan berkata Anak siapah itu?

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah harga kemodenan yang harus dibayar... :)

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Lama dah renung.

Halogamora
Itu tandanya depa makin cerdik.

Cuaca
Orang sekarang dah tak berapa peduli dah anak sapa.

BP
Betul, memang itulah harganya.

Sayuti said...

bukan harga kemodenan. tapi nilai yang dibayar kerana membuang sebilah rotan. (betul ke penjodoh bilangan ni?)

Anonymous said...

bukan sekarang saja tuan dewa.masalah ni timbul sejak dulu ,sejak parameswara bukak melaka lagi,tapi kita tak tahu sbb kita tak hidup zaman tu.zaman mak bapak kita dulu pun tak kurang hebatnya.cuma zaman sekarang ada disco tapi dulu ada keberet dan jopget.gejala sosial memang dah advance dah masa tu.syaitan berjanji untuk menggangu umat Muhammad SAW dari dulu hingga ke hari kiamat.cuma gejala yang amat membimbangkan sekarang ni adalah gejala homoseksual dan lesbian.ini yang kita patut beri perhatian sebab ia dah semakin berleluasa di kalangan orang kita.gejala ni dah jadi macam virus yang merebak dengan cepat...renungkan

tegezoot said...

Pemikiran Islam adalah sebaik-baik nilai.

Pegawai Khalwat said...

Sayuti
Boleh pakai.

Anony
Dulu memang dah ada. Tunggulah entri aku seterusnya tentang ini.

Tegezoot
Berapa ramai yang boleh berfikir macam tu?

tegezoot said...

Hanya Allah yg boleh memberi Hidayah... Moga kita salah satu dari yg menerima.

jinggo said...

insyallah.......
moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang menerima hidyah..................

artisticklytouch said...

Nilai 3 ada di Negeri Sembilan