22 May 2007

Fahamkanlah

Meletihkan.

Aku beberapa hari ini terpaksa berulang alik ke pihak berkuasa kargo untuk memastikan kargo yang dibawa dari luar negara itu lepas tanpa sebarang duti atau jaminan bank. Kerana prosedur yang sama berlaku di luar negara. Barang kita lepas, tapi barang orang lain sangkut. Mulalah orang asing ini akan berprasangka buruk pada negara kita, pada industri seni kita.

Kargo yang masuk itu mengandungi karya seni asli pelbagai media; catan, acrylic atas kanvas, arca kaca, media atas perspex dan sebagainya, karya seni visual semuanya. Masalah timbul bila klausa di dalam akta dan peraturan mengatakan bahawa karya seni yang diimport atau dibawa masuk boleh dikecualikan cukai jika merupakan karya asli di atas kanvas, atau arca serta beberapa benda lagi yang aku tak ingat.

Kerana, kini karya seni visual kontemporari tidak lagi seperti pada zaman romantisme dahulu, yang terhad pada catan 2D dan tidak pula terhad pada arca 3D. Percetakan laser atau inkjet juga boleh menjadi karya seni. Videografi multimedia juga kini salah satu cabang seni visual, malahan fotokopi juga diiktiraf sebagai karya seni jika kena originalitinya.

Tetapi di dalam akta dan peraturan itu, pada klausa tertentu menghalang kreativiti ini. Reproduksi percetakan perlu dikenakan duti, jika untuk pameran maka perlu ada jaminan bank. Material videografi di dalam cakera padat atau DVD tidak boleh diimport eksport sesuka hati atas kekangan akta. Fotokopi, apatah lagi.

Bukan aku membangkang pihak berkuasa ini. Mereka punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menjaga kepentingan negara dan aku sangat jelas tentang perkara itu. Cuma harapnya, lepas ini akta dan peraturan ini biarlah digubal oleh orang yang tahu apa yang dibuatnya dan apa yang akan orang lain buat, atau setidak-tidaknya mendapatkan sumber yang lebih jelas dan tepat dari individu atau kumpulan yang ahli dalam bidang seni atau bidang masing-masing dan sepanjang masa mengemaskini akta dan peraturan itu agar tidak ketinggalan zaman.

Di sini, aku ucapkan terima kasih di atas budi bicara penguatkuasa berkenaan, yang faham bahawa seni yang dibawa ini bukan untuk mencari untung, tapi untuk mencari ilmu.

16 comments:

Anonymous said...

seni itu terlalu luas cabang dan mediumnya utk dikekang oleh peraturan dan klausa.

crunchyahcock said...

kekadang aku terpikir.... mcmana diorg punyer judgementkan???
mcm berpihak lak

Bunga Rampai said...

Biarlah penggubal itu seorang pencinta seni, terkehadapan, punya pengalaman estetik dalam seni, dan paling penting - menyintai ilmu.

p/s saya belajar sesuatu dari entri ini. Terima kasih untuk itu.

Salam :)

Pegawai Khalwat said...

Kamarul
Kadang-kadang perlu juga kekangan.

Crunchyahcock
Budi bicara ada.

BR
Jenuh juga. Itu dalam bidang seni saja. Kalau bidang lain?

Butaseni@Wan Raja said...

Akta atau undang2 import eksport dibuat atau digubal pada tahn 80an,dah lama tu.eloklah ia digubal kembali serana seni visual sekarang ni tidak semestinya oil painting semata2,fotografi jugak sudah dikategorikan sebagai seni tampak.jadi En Peg Khalwat buatlah akta baru dan cadangkan kepada Rais Yatim huhuhu

Butaseni@Wan Raja said...

oppss sory tertinggal satu perkataan.Akta dan undang-undang hasil seni....(diline yg pertama) :)

Pandang Dengar Diam said...

kadang-kadang undang2 itu sangat menyusahkan.

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Nak kena ambik law la pulak.

Cuaca
Kadang-kadang.....

tegezoot said...

entri ni aku harap takdak kena mengena dengan dvd teluk duyung tu ye? paham2 la, depa tu dok belajaq lagi mana ada duit banyak.

ILynn Virgobiru said...

wah!
aku menjumpai org seni!

blackpurple @ jowopinter said...

Penggubal, penggamal dan pelaku undang-undang mempunyai 'jiwa' dan 'sentuhan' yang berbeza. Sebab itulah...

Kes-kes sebeginilah kot agaknya mewujudkan kes seperti 'tutup mata sebelah' di Melaka itu hari.

Izariza said...

Salam,
Memandangkan tajuk entri ini 'fahamkanlah', maka sayapun cuba memahami apa yang hendak disampaikan. Ye, rasanya saya faham :)

Unknown said...

x semua penguasa itu lorat tp deal dgn mrk mmg meletihkan.. i feel u man.

Ku Keng said...

Ya, faham.

:-)

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot
Pau ja duit crunchyahcock.

Ilynn
Baru ketemui?

BP
Haha... agaknyalah.

Izariza
Bagos.

Halogamora
Betol!

Ku Keng
Pasti.

crunchyahcock said...

fahamilah bahawa aku & pegawai khalwat mmg kaya ya ya ya!!!