Melihat Art bercakap tentang permainan yang dimainkan sewaktu kecil. Aku juga terpanggil untuk berbuat demikian.
Aku budak kampung. Kampung aku tak ada sawah. Tapi kampung aku ada hutan getah. Di Tanjung ni kalau kawasan kebun semuanya di panggil hutan; hutan getah, hutan kelapa sawit, hutan durian. Mungkin sebab semak sangat agaknya.
Kampung aku juga ada sungai. Airnya tak dalam. Cuma ada beberapa kawasan yang airnya hapus kepala. Kawasan yang lain mungkin sekadar betis kering. Air sungai cuma akan dalam kalau hujan turun lebat. Seriyat saja hujan aku akan hilang dari rumah, kerana berkubang di sungai yang memang sepanjang-panjang sungai itu airnya akan hapus kepala.
Memang bahaya.
Kalau air tak dalam, aku tetap terjun sungai juga. Laluan sungai itu berliku. Aku dan kawan-kawan menamakannya. Sungai pasir, sungai buluh, sungai titi, sungai batu; mengikut di mana kedudukan sungai itu. Sungai pasir di kawasan orang korek pasir, sungai buluh di kawasan paling banyak buluh, sungai batu di kawasan paling hulu dan ada banyak batu kecil di dasarnya, sungai titi tentunya ada titi.
Tempat kami turun untuk mandi juga berubah-ubah. Mengikut sedap hati kami. Ada kawasan yang landai, menjadi tempat pilihan orang basuh baju, ada kawasan yang curam, menjadi tempat pilihan aku membuat terjunan tungging buyong.
Dan yang paling kerap, permainan yang kami akan mainkan ialah permainan tuju selut. Bahasa mudahnya baling selut. Stok peluru akan kami korek dari tebing sungai, di kawasan tertentu. Selut yang terpilih hanyalah selut yang berwarna putih. Kalau yang lain dari itu, tidak menepati piawai kami.
Ada dua pilihan. Perang gerila atau perang berkubu.
Jika kami memilih perang gerila, maka kami akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan ini akan berpecah dan mengatur strategi. Maka dengan peluru yang kami kutip, kami akan bergerak ala gerila; di dalam sungai, di atas tebing sungai, di hutan getah, hutan kelapa sawit sepanjang sisi sungai. Bila kami jumpa musuh. Kami baling peluru. Sakit pun sakitla. Kami tidak baling peluru bertubi. Baling sekali dua, kami lari. Cari pula musuh lain. Waktu itulah ada adegan terbang sambil baling peluru, dan jatuh ke dalam air. Yang pakai macam ninja pun ada, ikat kepala macam Rambo pun ada. Strategi diatur dengan membuat bunyi burung atau binatang lain bila jumpa musuh. Biasanya tidak ada yang menang atau kalah. Cuma kepuasan kerana dapat membelasah musuh.
Jika kami memilih perang berkubu, maka masa akan diberikan untuk membina kubu secepat mungkin, sekuat mungkin, di samping mengumpulkan peluru secepat mungkin. Jika kawasan bekalan peluru itu di belakang kawasan kubu kami, maka bertuahlah. Tapi itu tidak menarik. Biasanya kami akan berkubu di antara kawasan bekalan peluru. Selut itu akan berada di tengah-tengah. Bila dah habis bekalan, maka perlulah ada orang berkorban untuk mendapatkannya. Jika lambat siap kubu, maka akan menjadi mangsa musuh. Jika kubu yang disiapkan juga tidak kuat, pun jadi mangsa juga.
Kubu kami biasanya dibuat dari batang kayu, batang kelapa sawit tumbang, tebing pasir, kayu-kayu, buluh, daun nyiur, daun-daun dan apa sahaja yang kami boleh jumpa. Dinding kubu mesti tinggi, supaya musuh tidak boleh merejam kami dengan mudah. Dinding kubu juga mesti kukuh, supaya tiada peluru musuh dapat menembusinya dengan mudah. Kami dan musuh tidak boleh datang terlalu dekat dengan kubu untuk menyerang, kerana itu dikira serangan gerila. Peraturan itu kami terima pakai secara bersama.
Kami terpaksa menggunakan cara serangan peluru lanjut. Laksana mortar, kami perlu tetapkan trajektori yang betul, agar peluru yang kami baling boleh mencecah kepala musuh. Jika tidak, perlulah kami guna kekuatan yang ada untuk merejam kubu musuh hingga tembus. Biasanya, satu-satu pasukan dikira kalah sekiranya kubu mereka ranap dan mereka diserang bertubi hingga menyerah. Tapi selalunya itu jarang berlaku.
Maka kami akan tunggu hingga hari gelap baru kami selesai main, dan balik. Atau hingga hujan yang lebat hingga menggelapkan dunia baru kami balik. Atau hingga salah seorang dari ahli pasukan kami dituruti oleh ahli keluarganya menyuruh dia balik.
Itulah permainan aku dulu. Aku jarang main permainan polis sentri, aku jarang main galah panjang, aku jarang main permainan wau kecuali pada musimnya, tapi biasanya lepas main wau aku akan terjun sungai juga. Dan rasanya aku main masak-masak cuma pada waktu aku belum masuk tadika.
Kalian waktu kecil pula main apa?

18 comments:
tringat aku ms kecik, tapi bila selut masuk mata yg paling bestkan??? main tuju kasut dulu br pg mandi sungai..
ehehe..macam best jer main perang2 nih.
Ermm..dulu kecik2 suka main masak2.Ayah buat satu pondok besar untuk kitorang adik beradik bermain masak2. segala jenis daun kat sekitar umah tu kitorang masak. Kadang2 kitorang buat pondok tu macam restoren.Masak2 ntah apa la.
Pastu suka main cikgu2, main naik kapal angkasa, main ting ting, main nyorok2, main getah, main baling tin, main baling selipar, galah panjang..aduh..banyaknya main dulu2.
Rugikan budak2 sekarang yg tak main macam kita dulu. Tak rasa jatuh basikal, tak rasa terbakar angan main api, tak rasa kena gigit ulat bulu. Best nyer jadi budak2..
Aduuhh nostalgia ...
Main galah panjang dan ting-ting ... agak feminin ..
Lebih feminin ...ala-ala istana, puteri kawin putera, tapi saya lebih suka jadi dayang sebab yang jadi putera tu tak hensem :D ...
Paling menyeronokkan ... main baling-baling lumpur kat sawah (siapa paling banyak kena lumpur - kalah), terjun-terjun kat sungai ala tarzan (siapa paling kuat teriakannya - menang), panjat-panjat pokok (paling tinggi panjat - menang), cari ikan puyu dan belalang (paling banyak kumpul - menang)lawan ikan laga, main bola ... langsung tak feminin..
aku pernah sampai ke kampung hang dulu.padanlah,aku tengok banyak gila tempat stratigik untuk main perang macam hampa.macam best je.nana tuah baru buat cadangan main paintball diantara ahli konsortium,amacam brani?
kalau aku masa kecik2 dulu main perang2 guna senapang dan buah ceri dalam kawasan sekolah penang free.meja-meja kelas dijadikan kubu.esoknya murid2 kena susun sendiri meja depa hahahaha.sekali pak guard mai habis semua bertempiaran.kolam ikan PFS juga adalah lokasi perang kami,selalu kena hambat dengan cikgu pokok hang.hehe.pernah sekali kami kena tangkap dengan mat cop sebab anak dia yang pompuan tu pun berkubang dalam kolam tu sama,kena tarik telinga dan lokasi yang paling menjadi peberet adalah dalam terowong peningalan british tu.situlah kubu yang paling kukuh.
aku selalu main permainan yg jarang-jarang kau main tu. hehe..
Crunchyahcock
Yah... ada juga aku main tuju kasut. Tapi kalau dah main tuju kasut, ke sungai berendam saja. Dah tak perang.
Mimi
Memang best. Tapi geng aku tak ada yang perempuan main sama. Maklumlah budak kampung, malu kat budak perempuan yang laki ni.
BR
Permainan yang feminin. Pun seronok juga. Pernah cuba main masa kecik. Bila dah besaq tak berani nak main. Pertama sebab cepat boring (bagi saya), kedua takut member kutuk.
Butaseni
Paintball? Canthek!! Ongkosnya?
Pss... hang berkubang dengan anak perempuan cikgu mat cop? Hummmmmm.....
kamarul
patut pun.
Nostalgik nya entry ni..
Memang buat saya teringat zaman kanak-kanak.
Cerita pasal sungai, masa kecik dulu pernah curi-curi pegi anak sungai.
Balik rumah basah kuyup, ada hati tak ngaku..
Hehehehehehe
Wah, ada pengalaman perang nih. Lepas nih boleh hantar kau ke semenanjung Gaza. Pergi perang dgn Israel. :D
Aku dulu suka main zero point. Main doktor-doktor [sbb tu skang tak dpt jadi doktor hah]. Pastu main bola sepak. Badminton. Masak2 [tp dah sekolah rendah aku tak main dah. Uih, hilang 'macho' la]. Pastu main guli. Yg paling best main lawan2 pedang hak hak .. aku main pedang tapi pakai pisau potong sayur jer. best ooo sebab lepas tu mak aku plak 'pedang'kan aku ngan abang aku hahahaha.
~Best sungguh tatkala itu.
hang tak tenggelam dalam selut ka? ha ha trimas di atas kredit
Wah...Kalau bercerita tentang hal-hal yang retrospektif terutama semasa awal-awal remaja dulu memang menyeronokkan. Tapi syahdu pun ya.
Geng kami dulu sukakan permainan yang ganas-ganas contohnya permainan kombat menggunakan 'lontop'. Entah apa namanya 'lontop' itu dalam bahasa biasa. Batangnya dibuat dari buluh, pelurunya pakai biji kopi pun boleh. Kalau mengena badan memang sakit, berbintat-bintat.
Ha ha. Nostalgia.
Memang seronok! Tapi saya tak pernah berpeluang main slut dan main sungai. Sungguh!
betulkah aku dengar dulu masa sekolah kawan2 ang panggil ang **** konggo atau **** blanka?
betulkah aku dengar masa sekolah pernah jadi satu insiden yg membuatkan ang mengamuk sampai lompat dari meja ke satu meja yg lain dalam kelas?
betulkah aku dengar telinga ang boleh bergerak2 dengan tak semena-mena?
Miss_tree
Anak sungai, kecik dari sungai tu.
Nuraddeen
Ada. Bekalan peluru pun hampir sama. Kat sana depa pakai batu.
Permainan hang tu kira permainan orang kaya dah. Bola kena beli, raket kena beli, pisau kena beli.
Art
Aku boleh berenang la. Lagi pun selut sungai bukan macam selut sawah yang lembik.
Izariza
Ruginya.... mai kampung saya, masih sempat lagi nak try main.
Tegezoot
Hang dengar komen-komen exagerate dari kawan-kawan zaman remaja aku, yang tak pernah pun join aku main tuju selut sekali sebab depa kampung lain.
nostalgilanya entry ni.saya dulu dokkat kuaters.tapi keliling tu kampung and anak sungai.mmg anak sungai tu menjadi tempat berkubang yang best laa..tapi sedap jugakkena libas ngan mak coz suka pi mandi time hujan2. yalah, kan ayaq dia deras time tu:P
permainan lain, ialah perang2 cam awak gak tp guna senapang kayu(selalunya ada je kwn2 yg pangkat 'abang2' yg tolong buat kat saya) peluru dia kami guna btg bemban.ada cara nak potong btg bemban ni.sehingga ada yg hampir putus jari.
kalo mai musim main wau, kami akan main tgh padang.coz x dak bendang..
kalo main pondok2 lak, kami mmg ada pondok yg betul2 dan akan masak betul2 (menggunakan hasil tanaman ubi kayu yg kami tanam sendiri).selalunya ubi kayu rebus ngan ubi kayu bakaq laaa.coz tu ja tanaman yg senang di tanam dan senang idup.hehehe..rindunya zaman kanak2 ku
sungguh nostalgik arrr...
hana
mestilah main komputer game. apa barang main perang2 sumo tu. hahaha.
perghh..teringat masa kecik dulu...suka buat kambing macam kuda...naik kat belakang kambing tuh..mengelupur kambing tuh..huhuhu...atuk nampak...kitorang lari pegi reban ayam...nampak telur ayam pulak....pecahkan satu2..memang kuang ajar sungguh masa kecik..heheheh
Hana
Anak sungai lagi? Besaq mana?
Along
Anak moden.
Anaheus
Kambing biasa atau biri-biri?
Post a Comment