20 June 2007

Pilihan

Memang susah membuat pilihan.
Tambahan lagi pilihan itu, secara umumnya berisiko tinggi, kotor atau jijik.
Tapi kita masih perlu membuat pilihan.

Ada yang dengan beraninya membuat pilihan, dengan justifikasi masing-masing.
Ada tidak mahu membuat pilihan, tapi itu bukanlah satu pilihan kerana di antara pilihan yang ada itu, masih perlu dipilih.
Ada yang memilih, tapi takut untuk menyatakan pilihannya.

Tapi bagaimana agaknya jika kita memilih untuk tidak memilih, tapi membiarkan pilihan itu datang sendiri kepada kita. Adakah kita masih dianggap pengecut.

Percayalah, pilihan sebegini akan muncul dalam hidup kalian. Setidak-tidaknya sekali dalam hidup.

Waktu itulah kalian akan terkenangkan apa yang aku merepekkan ini.

21 comments:

pjoe said...

Minta petunjuk daripada Yang Maha Esa.
:D

dugongsenyum said...

Pilihlah yang terbaik. Solatlah Istikharah ;-)

Butaseni@Wan Raja said...

pilihan ni aku kena bukan takat sekali dalam hidup,masuk ni sudah ampat kali!!
pi mai pi mai,aku jugak yg jadi bangkai.

blackpurple @ jowopinter said...

Ya betul. Tapi tidak membuat sebarang pilihan itu satu pilihan juga. Akhir-akhirnya memilih itu sudah bukan menjadi suatu 'pilihan' tapi menjadi suatu 'kewajipan'.

Mak Su said...

Hai... salam kenal. apa yang susah sangat nak pilih tu?

Anonymous said...

ya.. pilihan...
hmmmm.....

sinaganaga said...

Dude,
Tolong buat set untuk MASKARA di rumah PENA tu, dude!

jinggo said...

pilihan.....
perlukah anda memilih kalau anda tak mampu memilih......

adie said...

aku memilih E semua yang diatas

Pegawai Khalwat said...

Nezjoe
Amin!

Dugong
Pilihan yang tepat.

Butaseni
Tau tak pa.

BP
Pun betul juga.

Maksu
Semak entri sebelum ni.

Kamarul
Ya..ya..ya...

Naga
Hang nak suruh buat atau design?

Jinggo
Memilih tu semua orang mampu. Semuanya di kepala otak.

Penyu
E?

- G O R O - said...

diKURNIAkan Akal dan fikiran untuk berfikir. Pengakhirannya tetap ada bagi setiap perkara...

DeeN said...

Andai dengan membuat pilihan akan membuatkan kita & org lain sengsara, aku lebih suka berkata TIDAK utk pilihan itu. Tp, sekiranya, pilihan itu masih kabur destinasinya tp kita perlu memilih. Insya Allah, perlu aku akan berkata YA & akan menanggung risiko tersebut. Namun apa pun, ALLAH swt Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita, hambaNYA! Berserahlah kepadaNYA..!

crunchyahcock said...

life is full of decision to be made... just make sure we make the right one...

Jannah said...

Boss,

Pilih aje mana2 pilihan. The consequences of the said choice tanggung sendiri. Janji tak susahkan hidup orang lain.

By the way, if student Maktab boleh ke lepak kat USM and wireless? Ke ada passkey?

Anonymous said...

masih dikira bertuah kerana ada pilihan utk dibuat. lebih malang kalo tidak ada pilihan dan terpaksa melakukan sesuatu itu dgn apa jua risiko.

tuan tanah said...

Saya benci dilema.

Mimiamilia said...

oh..pasal pilihan lagi..
En pegawai khalwat, adakah sekarang anda sedang berada disituasi di mana anda perlu membuat pilihan?

Pegawai Khalwat said...

Goro
Betul.

Nuraddeen
Hang juga berani memilih.

Ahcock
How do we know that?

Jannah
Masih perlu memilih juga kan?

Pss.... di sini ada hotspot dan ya ada passkey. Kena register dulu. Tapi ada beberapa tempat yang free receptionnya tanpa passkey.

Sitilina
Itu pun betul juga.

TT
Tapi ia tetap akan hadir.

Mimi
Tidak.

crunchyahcock said...

u don't !!!!!
until u do.

Sayuti said...

oh. mengingatkan kepada satu komen saya yang telah didelete oleh seorang empunya blog. dia membuat pilihan itu.

:)

Pegawai Khalwat said...

Ahcock
Tak paham aku.

Sayuti
Dia berani.