Sembang-sembang aku dengan orang lama, orang seni yang dah lama, dah lama bertapak dalam seni.
Katanya, dulu penyanyi memang tidak ramai. Sebab yang dicari dahulu adalah individu yang benar-benar berbakat.
Sekarang, longgokan penyanyi berlaku di sana-sini. Nak pula ada seratus macam rancangan realiti tivi yang katanya mengorek bakat para penyanyi. Hasilnya, penyanyi yang boleh menyanyi lebih kurang halal saja tapi ada aura komersil, diambil dan diasah vokal mereka melalui latihan yang sistematik. Akhirnya, kekuatan vokal mereka memang meningkat, tapi masalahnya, masing-masing terikat dengan kelebihan pada genre masing-masing sahaja.
Kalau pop, maka pop lah. Kalau fast number, maka fast number lah. Kalau rock, maka rocklah. Mereka tidak jadi penyanyi yang versatile.
Penyanyi dahulu bersandar semata-mata pada bakat. Jadi untuk membolehkan mereka dipilih oleh syarikat rakaman, mereka perlu versatile, menyanyikan apa saja genre pada ketika itu.
Entahlah. Ada orang kata pula, tidak boleh membezakan zaman dahulu dengan sekarang. Dulu tidak ada hip hop, grunge, alternative, pop rock, sekarang dah ada. Jadi cabarannya berbeza.
Aku sebagai orang yang naif dan daif dalam seni ini, terutamanya seni suara, kerap kali mengiakan saja.
Kalian pula bagaimana?

19 comments:
Program baru kat tv9 bintang kecil memang mencuit hati aku!
Comel...............!!!
memang ramai sekali penyanyi zaman reality ni,memang betul dewa kata,mereka tak versatile dan ini penting sebab mereka di diamanahkan untuk menghibur rakyat,bukat posing di depan kamera saja.
sebab itu amat ramai juga penyanyi yang hanya 1 album saja dapat bertahan.kemudian jadi pelakon lah pulok!!abis orang teater tak boleh cari makan hahaha
Penyanyi sekarang harapkan glamour dan rupa [walaupun tak semua]. Bakat mungkin jatuh nombor tujuh atau nombor lapan.
Sebab itu pusat, alur dada dan peha diaorang lebih dikenali dari suara [bagi yang perempuan]
doniaaa- doniaa..........
beginilah doniaaa sekarang.....
hanya sedap mata memandang......
Tegezoot
Aku jarang tengok tv9 kecuali rancang mari mengaji.
Buaseni
Bab penyanyi setuju. Bab dewa tak setuju.
BP
Kalau penyanyi lelaki? Alur apa pulak?
jinggo
Donia dulu pun sedap mata memandang jugak.
Salam,
Kalau kamu sih menggelar diri sebagai naif dan daif, aku toh buta semua..
Hanya sekali sekala tahu menggumam sumbang di bilik air :D
p/s: Cuba dengar apa pula kata penyanyi generasi baru, kelak kau bandingkan.
sampai skang aku rasa tak bleh blah dgn rancangan realiti tivi Audition satu ketika dulu.
p/s: bila tukar layout nih? kool..
politik banyak..kau cantik kau naik..kau buruk kau turun
saya lagi naif
yang dulu bagus sebab masa dulu, pakcik/makcik tu muda, zaman dia. percayalah, 20 atau 30 tahun dari sekarang, lapis-lapis kita ini pula akan kata yang penyanyi zaman ini lebih bagus daripada penyanyi zaman itu.
p/s:Aku pernah hampir pengsan bila ada seorang peminat fanatik Mawi membuat statement yang suara Mawi menyanyi lagu Seroja lebih sedap daipada suara Jamal..kau mahu pengsan sama? silakan
Dulu mana ada sistem sms atau kritikan juri-juri. Tak sama macam sekarang. Opss! Aku pun serba naif dan daif.
Medium untuk berkarya juga dah banyak sekarang. Penddegar sudah banyak seleksi untuk memilih. Sama ada bagus atau tidak terpulang kepada penilaina individu. Dulu lain sekarang lain tapi intinya tetap sama. Cuma barangkalli, medium yang agak berbeza.
Dalam apa era pun, ciri-ciri glamour tetap ada pada penyanyi.
Penyanyi dulu, seninya lebih bersifat mulus. Penyanyi kini seninya lebih bersifat fulus.
Ermm, sekadar acah-acahan sementara hujan reda...
Salam Bro :)
Izariza
Aku cuba cari. Tapi nak cari biarlah yang memang dah ada title. baru relevan.
Kamarul
Eh... pemenang program tu dah jadi apa ha?
Suehana
Kalau begitu yang bermain politik adalah para peminat juga.
Art
Tu point aku tu.
Psss... Mawi dah makin bagus bro.
Nuraddeen
Pun betul.
Nezjoe
Yah.... seperti mana aku kata dulu. Seni itu subjektif.
BR
Acah mu mengena.
Psssss... harapnya hujan teduh dan tidak banjir kilat.
zaman berubah,metaliti kita juga berubah.dimana ada permintaan,disitulah ia bercambah.
Artis dulu pakai susuk dan artis sekrang pakai botox. itu jer yg aku amik pusing.
Penyu
Iya
Cuaca
Artis akan datang mungkin tak pakai apa-apa.
rata rata penyanyi sekarang mcm tu la tp ada juga y dicungkil bakat dr realiti tv y versatile... ada ..tp x sume..
Salam..
Perubahan zaman tu mungkin boleh dijadikan faktor.
Tapi in the end, orang nak dengar suara yang sedap juga kan?
Tapi itu lah, bila jari+emosi berkuasa, lahirlah 'bintang'² yang sirna itu.
Ecehhhhh...ayattt..!
Saya skrg ni, bila terbelek RTM1 ada tgk jugak rancangan realiti Bintang RTM tu.
Overallnya, peserta² ada suara..
Tapi ye laah, deme tak seayu/seseksi/sehensem/secute peserta prog realiti yg lain tu.
Huhuhuhu..
Realitinya begitulah..
Halogamora
Memang tak semua.
Miss_tree
RTM tidak sepatutnya terikut dengan stesen tivi swasta lain.
Post a Comment