27 June 2007

Sudah Order

Hari itu aku dan rakan sekerja makan di salah sebuah gerai nasi kandar yang enak dan terkenal di kalangan orang penggemar nasi kandar original.
Ada pelanggan Melayu, ada Cina, ada India, ada pelancong asing.
Nasi sudah diambil, aku dan rakan duduk. Pelayan datang, mengambil pesanan minuman.

Aku : Teh Wo Komtar

Rakan : Susu Telur

Beberapa ketika, sebelum air yang dipesan sampai, datang seorang lagi pelayan dan bertanya pada aku, rakan dan beberapa pelanggan lagi.

Aku : Sudah order

Rakan : Sama, sudah order

Apek Meja Sebelah : Sulah order

Member Apek Meja Sebelah : Tali sulah order lo

Pakcik Kopiah Putih : Dah Order

Makcik Tudung Labuh : Order dah, minta air suam sekali.

Maka sampai giliran pada seorang lelaki Caucassian. Pelayan membuat bahasa isyarat untuk minum.
Agaknya, dia menyangka itu minuman yang popular di Tanjung ni.

Lelaki Caucassian : Su Dah Order.

Entah dia mahu atau tidak datang balik ke Tanah Melayu lepas tu.

19 comments:

Izariza said...

Hahaha .. hati menggeletek baca entri ini .. sudahnye .. air apa yang dibawa ke mejanya?

Salam :)

Ceera said...

kesian lelaki itu, hahaha...

DiaHarris said...

ITU SGT KELAKAR OK!!!

**HAHAHAHAHAAAA....

SAYA PON AMAT SUKA NASI KANDAR!!

THANX COZ DROPPED BY MY BLOG :)

AiRynnz said...

ryn hanya mampu tersenyum :)

thanx sudi singgah blog ryn

Bunga Rampai said...

Hahaha ... berapa lama lelaki tu tunggu?

Geng teater kena cipta minuman tu :D

aiseymaaan, hari ini asyik ketawa jer masuk blog kawan-kawan ...

DeeN said...

Pelayan membuat bahasa isyarat untuk minum.

mamat tadi: su dah order.
mamak: ok.
30 minit kendian.
mamat tadi: where's my water?
mamak: order, sir?
mamat tadi: i told u, su dah order!
mamak: [garu kepala] amma!

..................... :D

Butaseni@Wan Raja said...

lelaki tu tunggu airnya dalam kekerasan nampaknya hahaha.

Anonymous said...

air susu satu

crunchyahcock said...

MINUM AIR LIUR LE JWBNYE.....

m i n e r a l . . . said...

wakakakakakak gelihati aku...

teringat citer lama sarapan waktu pg dikedai mamak...
bila mamak dtg mabik order, aku mintak telor separuh mentah, kawan2 dh senyum2, dgn selamba mamak tu kate sori incik takde, pastu aku pun selamba mintak telor separuh masak... mamak pun dgn selamba juga kate...ok, dua biji yer?...kekekeke kami pecah perut gelak... kawan ku pula dgn selamba tanya, kalau separuh masak, separuh lagi apa?...mamak tu terpinga-pinga sambil berlalu pergi hehhhhee....

Pegawai Khalwat said...

Izariza
Itu surprise.

Ceera
Kesian jugak kat kami yang gelak dalam hati dalam kesian.

Diaharris
Hang patut mai pekena kat Tanjung. Rasanya sangat berbeza dengan nasi kandaq di tempat lain.

Airynnz
Hang boleh juga ketawa kalau mau. Semua atas diri.

BR
Lama juga la. Boleh tahan lamanya.

Nuraddeen
Hang boleh dah tulis skrip ni.

Butaseni
Itu kepakaran hang. Air dan kekerasan.

Anony
Sori incik, ini kedai putu mayam juga.

Ahcock
Ya...

Mineral
Pandai betoi hangpa pekena orang.

artisticklytouch said...

susu dan telur!! itu minuman pemilik geliga babi!

lovegoddess said...

hello pegawai !! :) thanks for leaving a comment in my blog.

pheeewww..terkejut aku dibuat mu. masa i bukak email, i saw word the word "pegawai khalwat" !!!! ingatkan blog aku betul2 diserbu !

terus bukak blog i..tengok pegawai mana yang nak saman i ! rupanye bukan pegawai khalwat dari jabatan..LEGA i...

eh..cute la blog mu ;) hahahahaa..biasa la tu kat m'sia..kadang2 worder makan minum tak sampai2.. bengang !!

Pegawai Khalwat said...

Art
Ya!

TT
Masalah ni tak ada punya di Ireland.

Lovegoddess
Don't panick, it's just a nick.

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha.

'susu telur' itu apa?

denai said...

saya belum

Pegawai Khalwat said...

BP
Susu lembu segar yang dicampur dengan telur ayam mentah.

Try la!

Denai
Tunggu apa lagi?

Anonymous said...

su dah order satu. kurang manis.

sinaganaga said...

ha ha