01 June 2007

Bulan Cinta Datang Lagi

Satu bulan dari sekarang, akan berlangsung acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat teater amatur Melayu di Tanjung, bulan festival teater. Sebanyak 15 buah produksi akan mengambil bahagian, daripada produksi yang dah berkali-kali mementaskan teater tidak kiralah cerita yang sama atau cerita yang berbeza, kepada produksi yang tidak pernah langsung mementaskan teater.

Kita nantikan kegembiraan, tangisan, ketegangan, kelucuan yang akan timbul sepanjang persiapan pementasan dan ketika pementasan itu berlangsung. Ini semua adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Tapi itulah asam garam festival teater di Tanjung yang akan dikenang sepanjang hayat.

Cukup intro.

Dan sepanjang bulan ini jugalah, cinta akan mula berputik; sama ada sengaja atau tidak sengaja, sama ada ikhlas atau tidak ikhlas. Aku tidak tahu sama ada cinta yang muncul itu adalah cinta monyet atau cinta kongkang atau cinta beralih arah atau cinta kenangan silam.

Yang pastinya cinta! Itupun kalau boleh ditakrifkan sebagai cinta. Takrifan? Itu kerja kalian.

Pengalaman banyak mengajar kita. Aku dah lihat orang jatuh cinta pada pelakon yang kacak dan cantik, jatuh cinta pada pelakon yang lakonannya maha hebat dan diakui pengkritik profesional, jatuh cinta pada kru buruh kasar pasang set pasang lampu yang selamba, pengarah jatuh cinta pada pelakonnya sendiri yang ditatangnya bagai minyak yang penuh, jatuh cinta pada pemilik kereta buatan Eropah, jatuh cinta tapi tidak berbalas, cinta yang terpaksa dibahagi-bahagi, cinta lima penjuru serta mengharapkan cinta.

Panjang senarainya kalau aku mahu sebutkan betul-betul. Setakat ini hampir kesemuanya bersifat sementara, kalau ada yang berjaya pun mungkin satu dua sahaja. Yang lain semuanya macam musim kucing mengawan; bunyinya kuat, kelahinya hebat, tapi yang dapat cuma dua tiga kerat.

Aku sendiri pun tak tahu minyak apa yang dipakai oleh dua tiga kerat sahabat pencinta dan dicinta wanita ini. Agaknya feromon mereka memang ultra dahsyat. Cuma aku berharap, tidaklah berulang peristiwa laskar pemburu cinta serta cerita cinta tak kenal siapa.

Bagi aku, semua ini adalah fitrah semula jadi manusia. Semua orang mahu mencintai dan dicintai. Tapi janganlah kerana cinta sesebuah organisasi itu musnah. Lebih buruk lagi persahabatan yang dah lama terbina runtuh. Cinta hak peribadi, dan apa yang buruk dan baik timbul dari cinta itu, letaklah ketepi. Maka tidaklah terjadi perkara yang tidak diingini.

Kalian jangan pula bandingkan dengan cinta kepada-Nya. Ini cerita kita. Manusia yang alpa.

11 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Cinta itu menyakitkan, cinta itu mengkhayalkan, cinta itu membinasakan, cinta itu pengharapan, cinta itu pengorbanan, cinta itu macam-macam lagi yang menyakitkan.

Tapi tetap dicari-cari, tetap mengasyik dan membahagiakan. Ceewah!

Butaseni@Wan Raja said...

woi,trima kasih sbb tlg sambung crita aku..hahahaha
abih semua orang hg kait no..
pedas pedas mulut aku!!!
jangan lupa tonton teater 'kerana cinta' karya yang maha agung teater pada festival ni.hahahaha

tegezoot said...

Tetiba rasa pedas ni pehal?

Tetiba batang idung cam kena jentik ni pehal?

Oooo... Aura bapak menakanku Poseidon!

tuan tanah said...

Bukan cinta kot.
Crush saja :)

jinggo said...

panas......... panas.......panas.....

sama-sama kita tunggu masa dan tikanya........
pasti menarik........

jangan titik dahulu birtitik semula sudah la............

p/s nampak gayanya ada la kot....

Pegawai Khalwat said...

BP
Ai... cakap dari pengalaman kot?

Butaseni
Hang hebat, kena la sambung.

Tegezoot
Cili bo.

TT
Ya... perkataan itu yang kita cari. Tapi dalam Melayunya apa ye?

Jinggo
Hang jaga, kena kat hang baru tau. Depa dok tunggu masa nak titik saja.

Natra said...

Orang bulan cinta pun dia nak bulan cinta gak :)

Pada aku simple, apala yang korang bersusah payah nak bercerita pasal bab-bab cinta lokasi. Biarla! Apa salahnya, bukan buat jenayah pun!! Lagipun, bab2 cinta lokasi ni kan ada baiknya juga, yang malas jadi rajin, yang rajin lagi rajin...pembakar semangatla katakan..satu lagi, yang penting masing-masing tahu tugasan masing-masing sudah. Be profesional. Tak yah nak over sangat.

jinggo said...

tunggu masa nak titik......?
alamak..........
pam..... pa.... pam.......

Pegawai Khalwat said...

Ibuseni
Tak kena lagi takpa.

Jinggo
Paham takpa.

artisticklytouch said...

hik hik ada lagi!! apom juga tau ajaq!

Anonymous said...

aku memang pencinta wanitaa....