Kalau kalian sanggup berbelanja beratus, paling tidak RM 30 untuk menonton Puteri Gunung Ledang The Musical, itu tidak termasuk belanja duit minyak dan melantak bagi pendatang dengan izin dari luar Lembah Kelang; maka sudi-sudikanlah berbelanja plastik hijau RM 5 untuk menonton Keris Laksamana Bentan.
Akan terpentas di Auditorium P.Ramlee, purbawara ini bersutradarakan Ahmad Nizam Ramli atau Latt, yang lebih dikenali di gelanggang seni halus atas bakatnya menghasilkan catan. Artis multi-displin ini mengimpikan anak sulungnya ini berjaya.
6 & 7 Mei kalian jangan ke mana-mana. Bekas tapak kaki kalian patut berada di sini dan tempat duduk patut panas dengan bekas punggung kalian.
Marilah..... kalau bukan kalian yang datang, siapa lagi.
4 comments:
insyaallah. kalau cuti sekolah. hehehehe..
ada komen utk entri sebelumnya. sila baca.
Aku suka kalau cerita2 purbawara ni...
encik pegawai khalwat (?aku slh tulis ape?):
bukan aku tak nak pegi. mslhnye auditorium p ramlee tu jauh. 8 jam dr cni. tambang toksah cite la. mahal! alangkah! bagus betul aku ade genetik melayu ni. aku pandai memberi dalih
Gitar,
Aku dah menjawab soalan entri yang lepas. Kalau tak clear, sila maklum. Cuti sekolah? Nanti aku cakap kat menteri suruh tukar cuti.
Blackpurple,
Suka? Datang la.....
Book,
8 jam? Sekejap je tu. Genetik Melayu kau tu kena reingeneer balik. Eh... reingeneer dalam MElayu apa ahhh?
Tokey,
Jangan nak komplen! OT tu!
Post a Comment