22 March 2006

IQ & EQ

% : Aku rasa akademik budak-budak sekarang dah tak berkualiti.

$ : Maksud kau?

% : Kau tengoklah, dah terlalu ramai yang dapat keputusan yang bagus.

$ : Eh, baguslah kalau ramai yang dapat bagus. Kan kita sendiri nak ramai orang pandai?

% : Memanglah…. Tapi kalau banyak sangat dah tak ada nilai jadinya.

$ : Maksud kau?

% : Kalau sekarang ni dah ada banyak jam Rolex, dan semua orang mampu beli, dah tak ada nilai jadinya.

$ : Maksud jelas.

% : Lagi satu.

$ : Ada lagi?

% : Kebanyakan budak-budak sekarang ni will power dan tahap survival dia orang dah kurang.

$ : Maksud kau?

% : Yelah…. Semuanya produk segera. Hasil latih tubi guru-guru sekolah dan tuisyen. Target dia orang cuma nak dapatkan semua A1. Jadi penekanan pada tips menjawab soalan.

$ : Jadi?

% : Jadi bila habis exam sekolah, semua skor. Tapi bila masuk ke universiti, spoonfeed dah berhenti. Yang mana tak biasa dengan keadaan ini akhirnya kantoi separuh jalan.

$ : Sebab?

% : Yelah…. Tak reti nak buat assignment, tak reti nak jumpa lecturer, tak reti nak pergi library, tak reti nak study group.

$ : Cadangan kau?

% : IQ saja tak cukup. EQ juga penting.

$ : EQ? Equalizer?

% : Emotional Quality lah!

14 comments:

Anonymous said...

aku pun ada pandangan sama
http://www.mygj.net/ron97/wordpress/?p=27

EQ tu ada dulu kata nak masukkan. tapi. ntah ke mana

Pegawai Khalwat said...

Tak ramai yang pandang macam tu. Pendidikan selalu dianggap remeh. Kerja guru-guru kata mereka.

Tapi tak semualah....

Pss... aku linkkan kau ya Ron!

artisticklytouch said...

EQ bukan Equator ke? Hang selalu cakap mcm tuh apa....

Jadinya Amalina tuh macam mana cerita?

Anonymous said...

ok, no hal. aku terharu, orang popular linkkan aku.

bab amalina.
bila sebut, aku terfikir.
tak boleh ker kerajaan buat satu kolej untuk budak budak pandai jer, tak yah hantar ke luar negara.
pinjam pensyarah luar 3 4 bulan untuk ajar dari seluruh negara.

sbb,
byk bila pelajar pandai ni pi luar negara. tak balik balik.
tak menghayati rukun negara kot

Pegawai Khalwat said...

Amalina? Oo... yang berlakon iklan Staedtler sebelum kartun Doraemon tu? (Staedtler ke? Atau Stabilo?)

Kolej budak2 pandai tu sudah nak jadi sebab kos nak mengupah pensyarah luar tu silap gaya lebih mahal dari kos semua bebudak kita study abroad.

Ron, hang cakap pasai rukun negara tu, Abdullah Jones tak marah ka?

Art, EQ memang la Equatorial. Selalu aku cakap macam tu. Sebab la ni aku dah kurang dapat intelligent conversation. Dulu bole jugak dengan hang. La ni bila dok sekali dengan semua-semua, tersengap pulak kalo aku cakap pasai EQ.

Tolongg..... otak aku dah makin tumpul!

Anonymous said...

hahaha.
harap harap bro jones tak dengar.
hahaha

biar mahal sikit, dari terus hilang mereka yang bagus ni.
kesian, skrg malaysia dah ketandusan mereka yang bijak pandai. yang belagak pandai sudah memenuhi pasaran.


Apapon, soal EG tu, boleh dilaksanakan bila nisbah guru dan pelajar sudah kecil.

Anonymous said...

eh.. bukan EG, EQ.

fikiran aku sedang melayan ke bangunan MOF. klaim dan gaji masih belum masuk. hahaha

Anonymous said...

EQ = Emotional Quotient a.k.a Emotional Intelligence

:)

Pegawai Khalwat said...

ahah, betul la tu.

Emotional Quotient.

Nasib baik cik Sya betulkan.

Saya budak baru belajar.

Anonymous said...

aku bengang sebab tak merasa join PLKN! agaknya cikgu aku dulu mengajar aku dengan bagus. jadi takdelah PLKN masa tu..

Encik PK
anda tak jeles tgk budak PLKN dapat baju askar, but, tshirt dan macam peruntukan untuk menjadikan mereka tahan lasak, tahan uji?

Pegawai Khalwat said...

Mau tak jeles.

Dulu aku siap masuk kem motivasi budak-budak jahat sebab nak kan adventure.

Bila fasi tanya, "kau salah apa?" "ponteng sekolah", "kau pulak?" "pukul orang", "kau?" "hisap rokok"

Aku? "err... er....er....."

Siap kena rendam dalam air katok pukul 12 mlm sampai 3 pagi.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau dengan kemahiran menghafal dah boleh dapat markah tinggi, orang dah jadi malas nak berfikir..... macam cerita dalam entry aku "Fikir-fikirkan.." tu......

Sayuti said...

itulah itu

Anonymous said...

equalizer? ahahaha..

EQ mmg penting.

ramai budak2 pandai skrang ni. tapi satu je tak diajar kat sekolah. komunikasi berkesan. ;)