14 March 2006

Marilah mari, mari menonton!

Esok akan bermulalah mimpi ngeri bebudak (kena panggil bebudak juga walau ada cikgu cikgi yang pangkat emak di situ) Lakonan & Pengarahan, Pusat Pengajian Seni USM untuk mempersembahkan lakonan dan pengarahan masing-masing. Repertoirenya pelbagai; ada teater Inggeris, ada teater Melayu, ada teater realisme, ada teater eksperimental, ada dari naskhah dari pelbagai zaman.

Hampir tiga tahun belajar, inilah hasil yang akan dipersembahkan. Membuktikan sama ada mereka ini pandai bermain teater atau bermain-main teater. Aku faham sangat perit jerih mereka ini untuk menghasilkan satu produksi. Maklumlah masing-masing sama ada kurang atau tidak ada langsung pengalaman. Dan kelemahan utama yang aku dapat kesan ialah dari segi pengurusan. Bukan saja mereka, malah banyak Badan Bukan Kerajaan lain yang aku ketahui begitu (kebanyakan, tetapi tidak semua). Abaikan saja kelemahan yang itu, tumpukan pada garapan bebudak ni.

Pada yang berminat, aku sertakan maklumat persembahan.

15 & 16 Mac 2006 – Pemain karya Johan Jaafar
18 & 19 Mac 2006 – Red Carnation karya orang putih yang aku tak kenal
21 & 22 Mac 2006 – Mayat karya Hatta Azad Khan
24 & 25 Mac 2006 – Sawo karya S.M. Noor
27 & 28 Mac 2006 – Protes karya Dinsman
30 & 31 Mac 2006 – Nur karya Marleeny Deen Erwan
3 & 4 April 2006 – Haus karya orang putih yang aku tak kenal
7 & 8 April 2006 – Dewan Persidangan adaptasi Mahkamah Keadilan

Semua persembahan di adakan di Panggung Sasaran USM, jam 8.30 malam. Tiket-tiket boleh didapati di Box-office. Aku tak pasti berapa harganya, tapi aku rasa tiga ringgit. RM 3.00 je, minyak motosikal lagi mahal. Bagi yang kat Tanjung, aku jemput kalian datang menonton sebagai tanda sokongan.

Satu perkara lagi, tahniah buat Art Ziafrizani, sahabat aku yang berjaya memenuhkan kapasiti The Actors Studio Greenhall selama 3 malam berturut-turut. Walau aku tak sempat nak iklankan From My Bed di sini (sorry bang, waktu tu line internet aku kong), tapi sambutan sangat memberangsangkan. From My Bed terdiri daripada empat monolog dalam bahasa Inggeris oleh empat manusia yang kaumnya berbeza.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pula dengan sambutan teater Melayu (sebenarnya aku dah membebel panjang tentang audien, produksi, promosi, teater Melayu, teater Inggeris dan yang sewaktu dengannya semalam. Tapi komputer aku diserang virus, menyebabkan aku tak sempat memuat naik bebelan aku. Hari ini aku dah malas, mungkin lain kali). Aku menunggu produksi hang yang baru Art!

Apa-apa pun, seni untuk hidup (sebenarnya kehidupan, aku malas nak panjangkan).

6 comments:

Anonymous said...

sampaikan salam hamba pada DINSMAN.. hamba yang dikejauhan ni teringin nak menonton sama. Tapi tak dapat rasanya..

artisticklytouch said...

oh terima kasih....terima kasih.... sesungguhnya kejayaan saya, kejayaan saudara juga... terima kasih! (sambil menjulang piala pengarah terbaik BOH Cameronian Awards 2007)

Pegawai Khalwat said...

Gitartong
Yang buat show tu bukan Dinsman, karya dia saja. Manala aku nak cari Dinsman kalau kau nak kirim salam.


Art
Oit! Oit!

Caremonian Awards... eh Cameronian Awards tu untuk show kat Lembah Kelang saja.

Kat Lebuh Cahaya ni tak kira. Nak kalu.... jom pi Bangsar!

Aku dah lama teringin nak tengok cahaya bintang di Bukit Bintang.

Unknown said...

Wahhhh... menarik ni!
Boleh walk-in je kan?

Frust terlepas tengok From My Bed minggu lepas.

Pegawai Khalwat said...

Jiwa Rasa,
Memang patut kau frust. Takpa, Art akan buat piece baru.

Untuk USM ni boleh walk in. Panggung Sasaran tu konsep experimental. RM 3 tu untuk bagi pulangan skit kat bebudak tu je, tak untung pun. Mai la.....

artisticklytouch said...

jiwarasa.... ko memang tak patut terlepas show aku....ko dah bookingkan!!!!! marah nih.... nantikan Cik Endut Bagan Ajam....