“Khabarnya… di sini ada mayat?”
Itulah dialog utama yang paling aku ingat tentang skrip Mayat. Malam semalam dan malam sebelumnya, Mayat telah dipentaskan buat kesekian kalinya. Kali ini oleh pelajar Seni Halus: Lakonan dan Pengarahan.
Diarahkan oleh Rohani Saad, dilakonkan oleh Hidzir Nordin, Ramajah Mijar, Eddie Ismail, Ismi Zakimi dan Cikgu Rahim; Mayat tidak pernah gagal untuk menggeletek penonton. Skripnya memang sangat mencuit hati. Kalau buat drama radio pun boleh buat orang ketawa terbahak-bahak.
Tapi produksi ini bukanlah nak menandingi Senario atau Salam Pantai Timur. Produksi ini nak mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama 3 tahun. Pada aku, pementasan kali ini berjaya mencuit audien. Tidaklah sampai ketawa terbahak-bahak, tapi sekadar ketawa kecil; sudah cukup bagus.
Konsep yang nak diketengahkan jelas. Berlatarbelakangkan zon peperangan. Set cantik; kerana nampak mereka ni macam Ninja Turtle yang bersembunyi di dalam pembentung.
Tapi……
Kelemahan utama masih pada lakonan. Pada aku, lakonan mereka boleh dipertingkatkan lagi. Sudah cukup bagus sebenarnya tapi masih lagi boleh diperbaiki. Kepelbagaian karakter tidak begitu jelas. Nampak sama sahaja pada banyak ketika. Kalau marah, semua marah dengan cara yang sama. Dan permainan emosi (walau tidak begitu perlu kerana skripnya lawak), boleh dipelbagaikan untuk mencantikkan cerita.
Juga kurang ketelitian dari segi pakaian dan prop. Pakaian tentera nampak begitu bersih. Sedangkan mereka baru lepas bertempur, yang mengakibatkan sabahat mereka menjadi mayat. Kalau comot lagi pakaian nampak menarik. Begitu juga dengan props. Kepelbagaian jenis senapang sudah cantik, tapi senapang itu juga kalau dikotorkan lagi seperti berminyak dan sebagainya, pasti nampak hidup. Tambahan lagi, senjata itu diusung tanpa digunakan dengan sewajarnya (stage business). Muka mereka sebagai tentera juga nampak bersih (clean & shave). Mungkin baru lepas bercukur.
Orang luar sebagai peniaga juga menarik. Kerana selalunya kehadiran orang luar pasti akan menjatuhkan tempo cerita, tapi kali ini tidak. Orang luar membawa tenaganya yang tersendiri, dengan gaya yang tersendiri.
Bagi aku yang mengharapkan kelainan dalam setiap cerita Mayat yang dipersembahkan, pasti aku kecewa. Tapi kalau sebagai audien, aku puas. Tidak meleret, tempo dijaga (walau terlalu pantas!).
Hummm………………

6 comments:
oh. mula2 saya ingatkan skrip mayat yang saya gunakan ketika kelas drama dan teater dulu. mayat lain rupanya.
aku dengar mayat je ingat kat hamka..
semua prop dan kostum tu diorang pinjam dan sewa dengan kadar yang berpatutan. mereka tidak mampu menampung kos dobi dan membersihkan prop.
moh nengok teater monolog:
'Kahwin Lagi'
1 dan 2 April
di Balai seminar DBP wilayah selatan, larkin perdana, johor bahru.
Sayut,
Betullah skrip Mayat karya Hatta Azad Khan. La ni dah dipentaskan beribu kali.
Gitartong,
Hamka buat teater ke?
Monolog kat JB? Aduhai, sebelum sempat aku sampai, dah tamat monolog tu. Anyway tq!
'betul tu tuan, mengikut statistik...'
no..no.. hamka blogger tu.. keretamayat.blogspot.com
Oh... maaf, salah informasi.
Post a Comment