Aku terlibat di dalam mengrekrut pelakon-pelakon sebuah pentomin bersempena majlis tilawah. Maka aku bertanya kepada seorang rakan.
Aku : Hang nak berlakon pentomin?
Rakan : Boleh jugak. Dialog panjang tak?
Aku : Pentomin mana ada dialog, dia voice over saja.
Rakan : Humm... watak apa?
Aku : Tak pasti lagi, watak Abrahah boleh kot?
Rakan : Watak apa tu?
Aku : Laa.... Abrahah tak kenal? Abrahah dengan tentera bergajah.
Dia blur.
Aku : Burung Ababbil?
Dia makin blur.
Aku : Memang patut hang jadi Abrahah.........
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
26 May 2006
Jadi Abrahah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
haaaa....abrahah dan abbabil...watak-watak di waktu sekolah rendah....mungkin dia dah lupa...kerna watak2 seperti erra dan yusri dan sewaktu dgnnya....
hahahhahahaa watak yang terbaik utk dia.
pssstt.. ada watak gajah tak.
kalo ada kasi dia watak gajah pun ok
hah? abrahah? ababil? apa? bagi watak tu pada sayalah!
awat la kawan hanq tu....rasa mungkin dia terlupa kot. sekiranya ada watak burung ababil...atau gajah seperti yang dikatakan oleh esis bagus juga bagi ke dia. heheheehe....
Jangan sampai Abu Jahal dan Abu Lahab pun dia tak tau sudahlahhh
kita sebagai kawan harus ingat mengingati.....
Aku rasa dia sesuai pegang watak gajah...hehehe
saya rasa watak gajah pon kurang sesuai. sebab kalau sejarahnya, gajah itu tak mahu meneruskan perjalanan.
watak tentera pegang tombak ada tak?
mungkin dia patut jadi batu yang dicampakkan oleh ababil
ish...segala serba kemungkinan pulak...aku tahu siapa dia hehehehe dan hingga hari ini dia masih blur...abrahah? apa tu?
dia...yang sedang membuat latihan praktik..
Gelembai,
Erra dan Yusri dah ketinggalan. Sekarang Norman & Abby atau Farid Kamil & Irma.
Esis,
Gajah tu ada, tapi animasi. Tak tau sesuai ka tak dengan dia.
Gitar,
Hang buat soundtrack sudahlah....
Halogamora,
Dia ni gajah ok la, burung tu tak pasti lak.
Lan Rambai,
Abu Jahal? Abu Lahab? Sapa tu? He he he....
Cuaca,
Mengingatkan dah la tu...
Blackpurple,
Awat ramai sangat yang suka gajah ni. Suka belalai kot....
Sayuti,
Aku tak pasti sejarah Arab mana kata tentera Abrahah pegang tombak.
Tuan Tanah,
Batu lagi? Jadi batu tu boleh. Tapi burung yang nak mencampakkan itulah nanti sakit pinggang.
Art,
ha ha ha... ketawakan dia.....
oit.oit.bukan ker gajah tu nanti berlubang-lubang badan diorang?macam mana nak buat efek tu?haha.
*psst..aku tengah tunggu no phone ko kat email aku.mana dia?
Semut,
Aku dok cari e-mail hang, tak jumpak.
kau patut masukkan babak kepala dia dipenggal
aku tahu. kau nak bagi dia watak abrahah krn rupa dia nampak jahat. stereotype. patutnya cari org hensem pegang watak abrahah.
Oit oit, bagi aku berlakon jadi kayu weh!
cerita tu nanti siapa yg pegang watak hero?
Eh, hero tu ababil kan?
Ron,
Tak boleh... ganas....
Zizie,
Eh.... dia hensem apa.....
Naga,
Kayu tu kisah Nabi Ibrahim a.s. Mana mai kayu tengah padang pasir ni.
Kunci,
Mana hang tau?
Post a Comment