02 May 2006

Kosa Kata

Dah dua kali aku terkena.

Kali pertama ketika aku menghasilkan Diaspora Bangsat. Maka tertanya-tanyalah orang apa maksud diaspora. Aku suruh cari dalam Kamus Dewan, yang pada ketika itu masih berjaket hijau. Dan orang balik pada aku, "Tak ada!".

Tak ada? Perkataan diaspora tak ada dalam Kamus Dewan? Aku tak puas hati, maka aku sendiri menyemaknya. Dan aku akur.... memang tak ada. Maka aku pun terangkanlah konsep pendebungaan, di mana benih-benih bunga bercambah di bawa angin. Aku kaitkan dengan sifat-sifat kebangsatan (bangsat dalam cerita aku ini bukan bermaksud melarat atau merempat, tapi keji) yang bercambah dalam masyarakat kita.

Orang pun faham.

Kali kedua, terkena pada projek terbaru aku iaitu Neraka Petualang. Kalian pasti pernah dengar perkataaan neraka dan petualang. Ajaibnya, perkataan petualang yang kerap kita dengar dan kerap kita sebut, tak ada di dalam Kamus Dewan. Bukan setakat edisi jaket hijau, tapi terbaru jaket merah.

Walau aku tahu apa itu petualang, tapi meragaulah juga laksana orang celik yang tiba-tiba buta dek gerhana di siang hari bila nak menerangkan pada orang lain, agar aku tidak dituduh menubuhkan kerajaan langit kedua. Maklumlah, kitab yang dirujuk tak ada puncanya.

Aku tak tahu sama ada aku ini dalam kategori pandai atau pandai-pandai dalam memperkayakan kosa kata Melayu.

Tengoklah, lepas ni aku nak terkena lagi atau tidak....

12 comments:

artisticklytouch said...

hang suka mereka-reka tajuk... eh, apa jadi dengan "pulangkan getah pemadam itu" teheheheh skrip kota pelangi hang tak best sebab tajuk dia pun dah tak best...hehehehe

Bos, pen-drive. yang aku pinjam tu. terbakar. rosak. tidak boleh digunakan lagi. nanti aku ganti baru (tak dapatlah aku tukar paip exzos keta aku). aku beli yang standard sama ye.

Sayuti said...

kadang2 perkataan yang kita nak cari itu ada, cuma ejaannya berbeza. contoh, talapia. tidak ada. yang ada, tilapia. cuba variasi ejaan.

ke dah cuba?

Pegawai Khalwat said...

Art,
Kota Pelangi tajuk bukan pilihan aku.

Pen drive ganti yang 1GB tau, harga sama.

Sayuti,
Tak tau nak cuba macam mana atau kat mana. Petualang jadi petua alang? Petaling?

gitartong said...

bolehlah tu, kat dalam tv, radio, orang tak peduli pun.. tak jaga pun..

ps: baca dalam nada geram

blackpurple said...

kalau tak salah, diaspora juga bermaksud satu populasi etnik yang dipaksa meninggalkan tempat asal tradisi diaorang lalu berseleraklah diaorang ke merata tempat menyebarkan culture diaorang...

kan? agaknyalah....

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
Aku tengah buat-buat tak pedulilah ni.

Blackpurple,
Betul maksud tu. Diaspora tu sebagai analogi dan semiotik sahaja.

bunga rampai said...

Salam. Kadang tu kita perlu buat-buat pandai, harus berani mencipta. Betul haribulan, ciptaan kita digunapakai umum.

Tapi harus juga jadi pandai, perlu berani buat-buat tak tahu jika sebaliknya berlaku :)

Ya, betul atau silap haribulan, ciptaan dan penciptanya pasti dikenali ramai :) Ini yang menarik dalam dunia rekacipta.

Pegawai Khalwat said...

Bunga Rampai,
Ya betul..... cik ni saintis ka?

bunga rampai said...

Bukan saintis :)

Sayuti said...

cuba perkataan 'tualang'. mungkin 'pe' itu imbuhan. juga, perkataan 'spora'. 'dia-' mungkin imbuhan yang membawa maksud separa.

saya takde kamus dewan untuk mencari.

sinaganaga said...

Khal,
Kau dah check dalam Kamus Besar Indonesia? Dalam Kosa Kata DBP?

Pegawai Khalwat said...

Sayuti,
Diaspora yang diberi oleh Cik Bunga Rampai dah tepat sebab dah termaktub dalam Kamus Dewan Edisi Jaket Merah (terbaru).

Tualang tu nanti aku check...

Bro. Naga,
Mana nak cari Kamus Besar Indonesia?
Kalau dalam kamus Dewan tak ada rasanya tak ada dalam Kosa kata DBP.

Ataupun sebaliknya?