Semalam.... aku balik dari raptai teater, singgah francais 24 jam, beli roti.
Ada seorang wanita tua... bukan Melayu.... Duduk depan pintu francais 24 jam... pakainya elok, cantik, kemas. Minta duit dari aku. Aku tak layan.
Masuk francais 24 jam, cari roti, beli roti, bayar roti, keluar bawa roti.
Wanita tua itu.... bukan Melayu, minta lagi dari aku.
Tangan dihulur, dalam bahasa bukan Melayu dia meminta. Dengan lebih bertenaga.
Aku kasihan, nak layan, nak masuk kereta, nak ambil duit, nak serah pada wanita tua.
Tapi.....
Elok aku masuk kereta, dia bangun.
Datang dekat kereta, ketuk kereta, ketuk cermin kereta,
Dalam bahasa bukan Melayu, makin garang, makin keras.
Terus niat aku terbantut. Aku berambus.
Hari ini aku terfikir.
Kejamkah aku? Atau wanita tua itu yang kejam?
Dia garang!
6 comments:
mmg hang kejam..hehe
Salam,
Zahirnya dia anggun sekali, sukar meraih simpati saya. Tapi kerana dia tua maka saya harus bertanya kenapa dia minta duit. Andai jawapannya mendetik naluri kasihan saya, saya hulurkan sedikit duit atas niat sedekah.
Dia kejam sebenarnya bertindak sedemikian rupa. Tapi usah salahkan dia, mungkin terdesak, desakan hidup. Atau mungkin dia kurang siuman.
Sebenarnya yang lebih kejam ialah anak-anaknya, ahli keluarga sanak saudaranya. Kenapa membiarkan dia menjadi peminta sedekah?
Saya kira En. Peg Khalwat tidak kejam :)
Dia mintak kereta, kut!
Kagum dengan semangat wanita tua yang garang... tapi biar kena pada tempat dan caranya...
apsal aku sorang je yang rase tindakan makcik tu horror?
Azan,
Kejam?......
Bunga Rampai,
Terima kasih.... tapi saya setuju, mungkin dia kurang siuman.
Ku Keng,
Kereta Nasional saja Tuan Keng, takkan dia berminat.....
Blackpurple,
Yang melihat memang kagum, yang merasa?
Kurekure,
Nasib baik dia tak menjelma macam Ju-On.
Post a Comment