Membaca entri Sayuti, yang menyentuh tentang asrama, mengingatkan aku pada zaman aku hidup berasrama. Aku di sekolah yang berasrama tidak penuh, maksudnya masih ada pelajar yang tinggal di luar asrama, yakni di rumah mak bapak sendiri.
Sekolah aku pula semuanya jantan, betul-betul memberi tekanan perasaan. Ada perempuan cuma di tingkatan Enam Bawah dan Atas. Dah tentu dikepung dan dikirai oleh para senior.
Zaman aku bersekolah, aku bernasib baik kerana kekejaman para senior telah terhakis sedikit demi sedikit dek kesedaran para warden. Tapi masih ada golongan subversive yang menjalankan ragging bawah tanah.
Scrambler, helikopter (ada orang panggil naik gajah), ketuk ketampi skim 350, pumping, starlight adalah kebiasaan bagi kami. Malah sepak terajang adalah permainan kami jua. Aku berani kata kurang kejam kerana mengikut hikayat para senior, zaman-zaman sebelum aku; ada yang digantung kaki ke atas, kepala ke bawah dari tingkat tiga. Ada yang dibelasah hingga patah riuk.
Sebab itulah senior pada zaman aku junior, 90% daripada mereka ada six pack. Gerun aku tengok. Berlalu ke zaman aku, 50% ada one pack. Bulat pulak tu.
Zaman aku dulu, istilah dapat line adalah sangat popular. Secara mudahnya, cuma senior yang terdiri daripada Form 5 dan Form 6 yang ada line untuk keluar pekan berpakaian preman, walaupun sebenarnya bertentangan dengan polisi asrama dan sekolah.
Pada aku dan kawan-kawan, dapat kebenaran keluar berpakaian preman hatta untuk ke kedai-kedai belakang asrama tu, adalah satu kebebasan yang amat sangat. Yelah, malu konon nak mengaku pelajar sekolah sendiri, sebab keluar mesti kena pakai baju sekolah kalau ke pekan dan pakai baju yang ada nama sekolah atau badge kalau ke kedai-kedai belakang.
Yang nak mendapat line, biasanya pada pertengahan tahun, perlulah melalui ujian demi ujian. Ujian yang paling hebat dan yang terakhir sekali ialah dibelasah beramai-ramai. Ada yang tak mahu line, aku tak termasuk dalam kabilah itu. Yang tak mahu, tak perlu dibelasah, tapi mereka dipulau oleh senior dan junior. Aku dan kawan-kawan yang lain walau diarahkan berbuat macam tu, tak sampai hati pula nak memulau rakan seperjuangan. Maka kami memberi sokongan dari belakang.
Aku dibelasah kiri dan kanan, disepak diterajang. Sakit tu jangan ceritalah, mujur juga aku tahu mempraktikkan ilmu ala-ala Qiqong. Tapi situasi aku tidak begitu teruk, yang kena teruk adalah kawan-kawan aku yang di anti oleh senior. Ada yang terpaksa diusung keluar. Tapi bila dah okay, main tepuk kepala saja dengan senior.
Satu lagi, kami juga mendapat lesen memanggil 'hang aku' pada senior. Kalau tidak, asyik 'kum bang, kum bang' saja. Maksudnya 'Assalamualaikum Bang'.
Itulah kenangan pahit manis aku.
Nampaknya entri memoir aku ni telah membawa aku lari dari bahasa yang bombastik dan ungkapan semiotik.

10 comments:
kau pernah kena tiup kipas kasi pusing or tiup lampu asi padam?haha.aku bernasib baik kerana otai senior aku adalah sekampung dan ayah aku kenal ngan ayah dia.so,kalu buat lebih sikit,maka merahlah report kad yang akan diberi kepada ayahnya.haha
saya sekolah biasa. jadi, tak merasa. di maktab ada, tapi tak seberapa meriah..
been there..done that..kan cik usop kan?wink wink
kadangkala kata-kata yg biasa lebih menarik dr bahasa yg bombastik dan ungkapan semiotik tu, kan.
haha. semua itu menjadi kenangan indah sekarang.
Masa kat U baru merasa duduk asrama... asrama jugak namanya... memang penuh nostalgia, lagi lagi kalau dah jadi super senior !!!
Salam. Awal tadi silap baca judul ... ingatkan 'Memoir Asmara'. Baca entri ... ooohh, asrama :)
Menarik kenangan itu.
Saya dibesarkan oleh asrama selama 10 tahun.
Semut,
Biasa...biasa... tapi ajaib, kalau aku tiup lampu, menyala.
Gitar,
Maktab tak sama dengan asrama sekolah. Masing-masing dah gatal nak menikah time tu.
Azan,
Aku taulah....
Wickedwitch,
Terpulang kepada yang membacanya....
Sayuti,
Ha ha.... itulah itu.
Blackpurple,
Super Senior? Berjaya sampai ke tahap Super Duper Senior? tak?
Blackpurple,
Asmara? Hang berasmara kat asrama ka? :P Kawan-kawan aku ramai jugak yang buat macam tu. Botol pulak tu!
Salam En. Peg Khalwat,
Blackpurple berasmara di asrama?
:)
Post a Comment