15 May 2006

Pertandingan Minum Teh

Di sebuah warung, di sebelah coffe house, bertentangan dengan hotel 5 bintang.

Mamat : Kroni, kroni semua ni!

Minah : Jelaskan.

Mamat : Tengoklah. Buat peraduan minum teh. Tapi yang menang semua suku sakat dia. Yang kaki minum kopi haram apa pun tak dapat.

Minah : Dapat layak ke peringkat akhir kira okeylah tu.

Mamat : Okey apa? Itu buat syarat saja. Syarat tak mahu orang mengata yang masuk pertandingan tu semua suku sakat dia.

Minah : Kau ni tak bersyukur langsung. Itu pun nasib baik dia orang buat.

Mamat : Nasib apa?

Minah : Nasib baik la! Selama kau hidup ni, ada pernah kau tengok orang menghargai orang yang minum teh? Atau minum kopi? Bila orang buat kau bising pulak.

Mamat : Tapi pertandingan ni berat sebelah.

Minah : Tak menang memanglah berat sebelah. Cuba menang. Aku nak tengok orang yang menang tu menjerit-jerit kata dia tak layak menang.

Mamat : Kalau dah nak buat, kenalah adil.

Minah : Tak adil sangat ke? Sampai kau mengaruk macam ni?

Mamat : Tak adillah! Juri pun suku sakat juga.

Minah : Suku sakat pun, tapi memang pakar dalam bidang minum teh ni. Tahulah apa dia buat!

Mamat : Pakar berat sebelah nak buat apa.

Minah : Susah sangat macam ni, kau suruhlah orang lain buat pula pertandingan minum kopi. Lepas tu bandingkan pulak dengan pertandingan minum teh ni.

Mamat : Errr...... Kau nak habiskan tak sirap kau tu?

Minah : Tak sedaplah. Tukar dengan soda kau.

Dan orang yang minum sirap dan soda pun sambung bertengkar.

12 comments:

Anonymous said...

hah? pertandingan minum teh?

tahniah yang menang. yang kalah, kenapa nak kecewa..

Sayuti said...

biasalah tu. adat kehidupan.

Sir Mute Key Chicks said...

haha.aku suka minum nescafe..sedap.ada peraduan juga ker?

kunci hilang said...

starbuck?

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
Kecewa? Sifat manusia barangkali...

Sayuti,
Itulah itu.

Semut,
Nescafe yang banyak gula ka?

Kunci,
Tak, Star Wars....

Sir Mute Key Chicks said...

pk,
ang ada program tak hujung minggu neh?jom jumpa somewhere.haha.teringin plak aku jumpa blogger.leh gak aku berkecimpung dalam dunia teater nih plak.ok tak?reply balik kat blog aku.

Sir Mute Key Chicks said...

oit.aku dok kat seberang.kat teluk air tawar.erm..maknanya aku kena turun island la kalo nak jumpa ko?kat area mana?just tell me..

Sir Mute Key Chicks said...

ok set.kalo camtuh, aku turun hari sabtu atau ahad.bila ang free just leave me a comment.insyaallah aku akan sampai ke rumah p ramlee tuh.haha

Anonymous said...

dia tak perlu penjelasan
dia hanya perlu tempat untuk meluahkan

Anonymous said...

"titip rindu buat ayah" version baru ni! mana hang dapat?

Anonymous said...

aik? bongkar? iwan fals tu! awie nyanyi? dapat mana pulak ni?

Pegawai Khalwat said...

Semut,
Itulah itu....

Ron,
Tempat untuk meluah itu di mana-mana. Manusia, media, kereta, tandas......

Gitar,
Ada.... hang nak ka?