08 May 2006

Keris Laksamana Bentan - Ulasan Yang Terpulas

Keris Laksamana Bentan dah melabuhkan tirainya, membuka peluang pula kepada aku untuk meneruskan produksi aku pada 16 & 17 Jun ini. Apa-apa pun, aku mesti ucapkan tahniah dulu kepada sutradaranya, Ahmad Nizam Ramli @ Latt yang telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 30 orang pelakon dan kru di bawah satu bumbung. Terus-terang aku katakana, aku puas dengan pementasan terakhir semalam.

Walaupun jumlah yang datang bagi kedua-dua malam hanyalah lebih kurang 80 orang (ya.... 80 orang, termasuk penerima tiket komplimentari daripada total kapasiti 444 kerusi), tapi aku puas. Kerana malam semalam aku tengok semua penonton terpaku menyaksikan lakonan para pemain.

Semestinya pasti ada cacat cela dalam persembahan, yang tak mungkin dapat dielakkan. Itu biasa kerana kita tidak sempurna. Tapi kepuasan itu terpancar kerana yang datang itu kebanyakannya golongan muda yang baru nak belajar dan kenal teater. Persembahan yang tidak mengecewakan semalam pada aku akan dapat menarik minat para muda belia ini untuk setidak-tidaknya menghargai teater.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat di dalam Keris Laksamana Bentan. Sekarang, tunggulah kemunculan 'Neraka Petualang' pada 16 & 17 Jun 2006 ini. Aku pesan awal-awal ini untuk kalian semua simpan duit untuk beli tiket RM 5 dan ambil cuti untuk datang ke Tanjung menonton buah tangan aku.

3 comments:

Sir Mute Key Chicks said...

lawatan menteri promosi kerajaan semut-semut dari kota sesemutkecik.

Assalamualaikum.

link anda telah di'add'kan

Sir Mute Key Chicks said...

aku belum pernah menonton teater.buleh tanamkan minat itu kepada aku?

Pegawai Khalwat said...

Semut,
Terima kasih, nanti akan ada link balas.

Nak tanam minat? Mula dengan menonton sesuatu yang menarik dan mudah difaham. Cuba-cubalah tanya orang seni, minta dicadangkan pementasan yang sebegitu.