31 March 2006

Mamak! Wangge! Kira!

Suatu hari, aku membawa rakan lama makan nasi kandar yang terkenal di Tanjung.

0 : Kau bawa aku makan nasi kandar yang sedap. Macam Nasi Kandar *******

$ : Aku nak tanya hang, hang nak makan yang sedap atau yang selesa.

0 : Ada beza ke?

$ : Selesa tak semestinya sedap. Macam restoran yang hang sebut tu. Tapi kalau sedap tak semestinya selesa pulak.

0 : Jauhari juga yang mengenal manikam. Aku nak yang sedap.

$ : Hang belanja?

Dia membelek kopek duitnya, aku nampak warna merah dua keping.

0 : Boleh…….

Dan aku pun bawa dia ke lokasi nasi kandar yang sedap. Sebuah kedai di celah kedai yang dipenuhi binatang peliharaan seperti kucing, lipas dan tikus.

$ : Hang pilih la dulu lauk. Aku nak pi beli top up.

5 minit kemudian aku sampai.

$ : Alamak!

0 : Kenapa?

$ : Tak apalah. Makan dulu.

0 : Sedap betul! Tak sama dengan kedai yang biasa aku makan. Tapi tak bersihlah…..

$ : Kos melepas.

Habis makan.

$: Mamak! Wangge! Kira!

Mamak pun kira.

0 : RM 35.70? Mahal gila!

$ : Aku lupa nak bagi amaran kat hang. Jangan ambik udang, sotong dan telur ikan serentak. Dan jangan ambil lebih dari satu.

0 : Aku mana cukup duit!

Kena juga aku!

Nur - Ulasan Yang Terpulas

Nur juga merupakan salah satu karya yang telah aku tonton terdahulu. Dan Nur di bawah tangan Nik Rohaida Nik Harun memang ada yang tak kena. Perkara yang paling utama ialah pemfokusan pada cerita. Kerana kebanyakan cerita berlangsung di kelab malam berlatakan zaman 80an, maka banyak watak sampingan dengan aktiviti sampingan yang menenggelamkan penceritaan.

Walaupun lampu dicerahkan dan disorotkan pada satu sudut ruang lakon, tapi watak sampingan yang terlalu banyak perbuatan dan pergerakan telah membuatkan audien serba salah. Mahu fokus pada watak utama atau watak sampingan dengan aksi yang lebih seksi atau manja.

Watak-watak tambahan seperti Nordin, bapa Nur dan ibu Nur juga tidak begitu banyak membantu kerana muncul terlalu cepat. Impactnya tiada. Walaupun mereka sekadar kenangan Nur, tapi impact kewujudan mereka juga penting.

Bagusnya kerana pengarah masih punya idea menarik seperti mewujudkan zaman 80an, dan sebagainya.

Ingat, pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni!

Protes - Ulasan Yang Terpulas

Aku suka! Kerana aku telah menyaksikan sebuah pementasan yang menyegarkan. Protes yang digarap oleh Suria Ahmad memang segar (pada tanggapan aku). Kerana selalunya tiap kali aku menyaksikan cerita Protes, situasinya pasti dalam sebuah bilik, dengan pengarang sedang memerah otak mengarang. Manakala watak-watak Adam, Eva, Logos dan Isteri Logos akan muncul dari belakang pentas satu demi satu.

Tapi di bawah tangan Suria, dia meletakkan pengarang di ruang perhentian bas sedang menuju satu-satu dsetinasi, dan bila pengarang mula berkhayal dan mula menulis, watak-watak khayalannya hidup dari patung-patung dari sebuah kedai di belakangnya.

Jasri Che Ani, memegang watak pengarang memang menjadi. Mungkin juga kerana dia membawa watak diri sendiri yang lembut, tapi setidak-tidaknya dia bijak memikat audien. Watak-watak lain kurang menyengat, kerana keras dan kaku; tapi pada aku boleh dimaafkan kerana ruang khayalannya menghalalkan perbuatan dan sifat yang realisme.

Aku suka lagi kerana tempo berjaya dikawal oleh pengarah dengan baik. Contohnya bila tiba ketika Adam dan Eva bercintan-cintun dengan lenggok bahasa yang mengantuk, pengarah mengubahsuai sedikit pendekatan, dengan mengatakan pengarang mahu cinta yang penuh semangat, maka dimasukkan muzik yang rancak.

Secara mudahnya, walaupun ada kelemahan terutama dari segi lakonan watak pembantu, tapi secara keseluruhannya, memang berjaya membuatkan audien tidak mengantuk.

Ada punch, ada impact, tempo bagus.

Pass!

Ingat, pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni!

27 March 2006

Advertensi - Keris Laksamana Bentan


Kalau kalian sanggup berbelanja beratus, paling tidak RM 30 untuk menonton Puteri Gunung Ledang The Musical, itu tidak termasuk belanja duit minyak dan melantak bagi pendatang dengan izin dari luar Lembah Kelang; maka sudi-sudikanlah berbelanja plastik hijau RM 5 untuk menonton Keris Laksamana Bentan.
Akan terpentas di Auditorium P.Ramlee, purbawara ini bersutradarakan Ahmad Nizam Ramli atau Latt, yang lebih dikenali di gelanggang seni halus atas bakatnya menghasilkan catan. Artis multi-displin ini mengimpikan anak sulungnya ini berjaya.
6 & 7 Mei kalian jangan ke mana-mana. Bekas tapak kaki kalian patut berada di sini dan tempat duduk patut panas dengan bekas punggung kalian.
Marilah..... kalau bukan kalian yang datang, siapa lagi.

Sawo - Ulasan Yang Terpulas

Sawo karya S.M. Noor berbicara tentang nasib serta sebab dan akibat perbuatan orang Melayu. Walaupun cuma dibentangkan secara metafora, namun perlambangan yang digunakan dalam naskhah itu agak jelas.

Cukup…. Aku bukan nak berbincang tentang naskhah ini. Tapi tentang pementasan yang dibuat baru-baru ini oleh pelajar tahun akhir Lakonan dan Pengarahan USM. Sawo diarah oleh Kartini Wani, watak Sawo ditangani oleh Mohd Yusri, Ineng oleh Wan Norhaslini dan Matang oleh Halim Toha.

Yang paling aku suka tentang pementasan ini ialah eksperimentasi yang dibuatnya oleh para korus menggunakan lampu suluh. Dalam gelap gelita, lampu suluh menerawang kacau bilau. Cantik…. Tapi aku tidak pasti sama ada penonton faham maksudnya.

Perkara pertama yang paling dapat aku kesan ialah tempo cerita yang tak terkawal. Sekejap laju, sekejap perlahan. Punch & impact tiada dalam senarai. Lakonan tidak bertenaga, mungkin kerana stamina yang kurang. Korus seperti tiada fokus, tiada fungsi jelas yang timbul.

Terlalu banyak benda yang nak dimasukkan tetapi adakalanya tidak membawa erti kepada audien. Sayang sekali. Kerana Sawo adalah naskhah yang wordy, oleh itu audien harus dibawa menghayati setiap patah perkataan. Kecuali jika patah-patah kata itu telah digantikan dengan visualisasi atau lain-lain.

Tapi pujian harus diberi kerana percubaan penggunaan multimedia. Aku tahu, kerja-kerja itu bukan mudah. Cuma aku nampak video yang ditayangkan itu terlalu kosong. Tiada langsung effect-effect untuk membezakan antara cerita dan juga pergolakan dalaman Sawo.

Cukuplah. Tahniah kepada pengarah kerana mahu mencuba sesuatu yang aku kira baru di kalangan mereka. Ulasan aku tidak bermakna aku bagus. Kerana aku juga masih belajar. Aku melihat sebagai audien. Aku mengulas berdasarkan citarasa aku. Citarasa orang lain belum tentu sama.

24 March 2006

Sungguh!! Aku tak tahu!! (18 SX)

Di sebuah perhentian bas, waktu malam, sunyi, sejuk…………….
Aku dan gadis seksi.

IOI : Bang, minta rokok sebatang?

OIO : Hang orang perempuan pun isap rokok ka?

IOI : Ni bukan zaman abang.

OIO : Aku tak isap rokok.

IOI : T*kok abang isap?

Terkejut dengan soalan tu. Aku senyap sekejap. Memikirkan sesuatu.

OIO : Hang pernah ka?

Dia pun senyap, tapi dia senyum. Aku tengok dia. Lawa, seksi, ghairah, menggoda. Jeans, dengan spaghetti stripe membuatkan aku hampir memasang khemah melintang.

IOI : Kenapa abang tanya?

OIO : Dah hang tanya, aku tanyala balik.

Dia senyum lagi, ada sinar pada lirikan matanya. Aku rasa dia mengiakan soalan aku.

IOI : Abang pernah ke? Nak rasa?

OIO : Gila hang! Aku laki la!!

Dia tersenyum lagi. Senyum penuh makna. Sambil merenung ke bawah.
Ke bawah? Alamak! Niat nak menduga, nak menegur kononnya. Alih-alih aku yang terkena.
Sungguh! aku tak tahu!
Nampak original, tapi……............

Betul…..!!!! sunguh aku tak tahu!!!

23 March 2006

Mayat - Ulasan Yang Terpulas

“Khabarnya… di sini ada mayat?”

Itulah dialog utama yang paling aku ingat tentang skrip Mayat. Malam semalam dan malam sebelumnya, Mayat telah dipentaskan buat kesekian kalinya. Kali ini oleh pelajar Seni Halus: Lakonan dan Pengarahan.

Diarahkan oleh Rohani Saad, dilakonkan oleh Hidzir Nordin, Ramajah Mijar, Eddie Ismail, Ismi Zakimi dan Cikgu Rahim; Mayat tidak pernah gagal untuk menggeletek penonton. Skripnya memang sangat mencuit hati. Kalau buat drama radio pun boleh buat orang ketawa terbahak-bahak.

Tapi produksi ini bukanlah nak menandingi Senario atau Salam Pantai Timur. Produksi ini nak mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama 3 tahun. Pada aku, pementasan kali ini berjaya mencuit audien. Tidaklah sampai ketawa terbahak-bahak, tapi sekadar ketawa kecil; sudah cukup bagus.

Konsep yang nak diketengahkan jelas. Berlatarbelakangkan zon peperangan. Set cantik; kerana nampak mereka ni macam Ninja Turtle yang bersembunyi di dalam pembentung.

Tapi……

Kelemahan utama masih pada lakonan. Pada aku, lakonan mereka boleh dipertingkatkan lagi. Sudah cukup bagus sebenarnya tapi masih lagi boleh diperbaiki. Kepelbagaian karakter tidak begitu jelas. Nampak sama sahaja pada banyak ketika. Kalau marah, semua marah dengan cara yang sama. Dan permainan emosi (walau tidak begitu perlu kerana skripnya lawak), boleh dipelbagaikan untuk mencantikkan cerita.

Juga kurang ketelitian dari segi pakaian dan prop. Pakaian tentera nampak begitu bersih. Sedangkan mereka baru lepas bertempur, yang mengakibatkan sabahat mereka menjadi mayat. Kalau comot lagi pakaian nampak menarik. Begitu juga dengan props. Kepelbagaian jenis senapang sudah cantik, tapi senapang itu juga kalau dikotorkan lagi seperti berminyak dan sebagainya, pasti nampak hidup. Tambahan lagi, senjata itu diusung tanpa digunakan dengan sewajarnya (stage business). Muka mereka sebagai tentera juga nampak bersih (clean & shave). Mungkin baru lepas bercukur.

Orang luar sebagai peniaga juga menarik. Kerana selalunya kehadiran orang luar pasti akan menjatuhkan tempo cerita, tapi kali ini tidak. Orang luar membawa tenaganya yang tersendiri, dengan gaya yang tersendiri.

Bagi aku yang mengharapkan kelainan dalam setiap cerita Mayat yang dipersembahkan, pasti aku kecewa. Tapi kalau sebagai audien, aku puas. Tidak meleret, tempo dijaga (walau terlalu pantas!).

Hummm………………

22 March 2006

IQ & EQ

% : Aku rasa akademik budak-budak sekarang dah tak berkualiti.

$ : Maksud kau?

% : Kau tengoklah, dah terlalu ramai yang dapat keputusan yang bagus.

$ : Eh, baguslah kalau ramai yang dapat bagus. Kan kita sendiri nak ramai orang pandai?

% : Memanglah…. Tapi kalau banyak sangat dah tak ada nilai jadinya.

$ : Maksud kau?

% : Kalau sekarang ni dah ada banyak jam Rolex, dan semua orang mampu beli, dah tak ada nilai jadinya.

$ : Maksud jelas.

% : Lagi satu.

$ : Ada lagi?

% : Kebanyakan budak-budak sekarang ni will power dan tahap survival dia orang dah kurang.

$ : Maksud kau?

% : Yelah…. Semuanya produk segera. Hasil latih tubi guru-guru sekolah dan tuisyen. Target dia orang cuma nak dapatkan semua A1. Jadi penekanan pada tips menjawab soalan.

$ : Jadi?

% : Jadi bila habis exam sekolah, semua skor. Tapi bila masuk ke universiti, spoonfeed dah berhenti. Yang mana tak biasa dengan keadaan ini akhirnya kantoi separuh jalan.

$ : Sebab?

% : Yelah…. Tak reti nak buat assignment, tak reti nak jumpa lecturer, tak reti nak pergi library, tak reti nak study group.

$ : Cadangan kau?

% : IQ saja tak cukup. EQ juga penting.

$ : EQ? Equalizer?

% : Emotional Quality lah!

20 March 2006

Tik...tik...tik....

Monodrama – Tik….tik….tik…..

Tik tik tik tik………. Jam berdetik. Kau tak percaya jam aku berdetik? Cuba kau dengar. Dengar….. letakkan telinga kau dekat dengan jam aku. Kan? Dia berbunyi..tik…tik….tik…..

Mana ada bunyi loceng. Jam aku ni jam tangan. Jam tangan tak ada bunyi loceng. Kalau kau nak jam yang berloceng, pergilah cari jam loceng. Jam aku cuma berbunyi tik….tik….tik…….

Masa itu penting. Masa itu emas. Emas itu aku hendak. Sebab tu aku beli jam ni. Orang sekarang dah ramai yang tak pentingkan tik…tik….tik…….. Semuanya mengabaikan masa yang ada. Tak peduli pun. Tak penting kot.

Tik.…tik….tik……tik…..tik……

Kau orang kira tahun pakai kalendar apa? Gregorian? Hijrah? Chinese? Sanskrit? Aku pakai Gregorian saja. Sebab itu saja yang aku tahu. Satu tahun ada 12 bulan. Tak mungkin ada 13 bulan, atau 11 bulan. Mesti ada 12 bulan. Dan dalam setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 28 hari. Sebab bulan Februari cuma ada 28 hari. Aku ingat bulan Februari sebab bulan ni ada Valentine’s Day.

Kan? Itu buktinya aku pentingkan masa. Aku ambil tahu pasal Valentine’s Day. Hari untuk kekasih. Tengok! Aku tengok jam lagi….. tik…tik….tik…… aku sedang mengira hari untuk kekasih. Tapi malangnya aku tak mengira hari untuk gaji. Sebab aku tak bekerja. Yaaa…. Aku menganggur. Tapi aku ada duit. Sebab setiap hari aku mendengar jam aku berdetik.

Tik….tik…..tik….tik…..tik…..

Jam aku jam jenis kunci, tak perlu bateri. Tiap-tiap pagi kena kunci. Kriautt…. Kriautt……..kriaut…….tik…tik……tikk……..jam itu akan berdetik. Maka bermulalah hari aku. Tak kiralah hari apa, aku akan mengira bila tiba valentine’s day. Valentines’s day yang aku sambut datang setahun sekali saja. Ada yang sambut tiap tiap minggu. Ada yang sambut tiap-tiap malam. Yang sambut tiap-tiap malam kerap juga mengira detik. Tapi jam mereka mungkin tak berdetik macam aku. Jam digital agaknya. Jam jenis tu oleh berbunyi loceng. Walau bukan loceng yang jenis kriiinngggggg…….. mungkin yang jenis tit tit. Tit tit.

Dengar! Jam aku berbunyi lagi. Orang lain mungkin menghitung hari. Tapi aku menghitung detik. Detik demi detik. Kalau boleh aku nak kira sekali nanosaat yang berlalu. Tapi jam aku tak mampu nak buat begitu. Jam aku jam murah. Mungkin satu hari aku akan cipta jam yang boleh kira nano saat. Jadi aku tak akan buang masa. Kau pun tak akan buang masa. Kamu semua tak akan buang masa. Kita semua tak akan buang masa.

Kalau masa kita habis, siapa yang akan ganti masa kita? Kalau masa kita habis, maka Valentine’s Day pun akan habis. Kamu nak Valentine’s day habis begitu saja?

Tik…tik….tik…..tik….

Sebab tu Tuhan pun mati….. dalam hati…….
Arghhh.... kena sambung lagi.........

Red Carnation - Ulasan Yang Terpulas

Malam sebelum semalam aku menonton pula pementasan kedua projek Infiniti. I don’t know why it was named projek Infiniti, mungkin disponsor oleh Dato’ Seri Effendi Nawawi dan Datin Seri Tiara Jaqcuelina kot. Huummmm…..

Red Carnation sebuah romantic-comedy, mengisahkan seorang gadis yang bertemu dengan seorang jejaka di majlis tari-menari. Mereka berjanji untuk bertemu semula di suatu tempat. Oleh kerana masing-masing tidak kenal muka kerana memakai topeng malam tu, maka si gadis diminta membawa bersamanya bunga Carnation merah. Tapi sampai di sana ada seorang lagi wanita dengan bunga yang sama, nama yang sama, turut menunggu lelaki yang sama! Hah! Interesting isn’t it?

Anyway, aku boleh katakan pementasan Red Carnation oleh Ong Fung Ling, Adelline and Tui Shin Kai, Sam has got the audien captivated, jika dilihat secara holistic. Pengarah telah dibantu oleh skrip yang bagus, yang memang mampu menarik hati penonton.

But even the greatest masterpiece has its flaw. Percubaan pengarah menjadikan pementasan ini suatu yang experimental memang menarik, tetapi banyak ketika caca marba dan lost in transition. Punch and impact pada audien memang ada, tak dapat dinafikan. But too bad, it was too slow at the beginning. Macam keretapi stim dalam filem koboi yang bermula dengan perlahan dahulu sebelum terpaksa dikejar dengan kuda.

Tempo rhythm is another important thing in any play. Tempo dan rhythmlah yang akan mengekalkan konsentrasi penonton dari mula hingga akhir. Andai kata penonton didn’t blink a bit all the way of the show, and they don’t menguap-menguap atau berkesot kegelisahan, maka pementasan itu berjaya mengekalkan tempo rhythmnya. Kalau berkesot sedikit untuk mencari keselesaan tu biasalah. Takkan gatal punggung nak tahan sampai habis show.

Bila tiba part tikam lidah Smith and another Smith (time tu aku teringat Mr. and Mrs. Smith dan juga Agent Smith), barulah tempo naik dan terkawal. Itulah aku katakan kekuatan ada pada skrip. Dibantu pula oleh lakonan yang baik.

Acting? Yes….. bagi lakonan yang bukan realism sangat, maka aku katakan bahawa Sam (Smith) dan Prisca (another Smith) adalah baik. Kerana in real life, tak mungkin akan ada orang yang bercakap sepatah-patah macam tu. Dan tak mungkin yang akan bergerak sebagaimana pergerakan mereka. Begitu juga Christopher (boy). Tapi… ada tapi punya, banyak kala their acting became inconsistence. Sekejap jadi realism, sekejap jadi anti-realism. They can do better, although it is already good.

Percubaan menggabungsusunkan elemen Kabuki, Rakugo dan mungkin Noh dalam pementasan ini nampak ketara. Tapi aku lebih nampak pertembungan East and West, kerana make-up dan pergerakan mereka dalam bentuk East, sedangkan costume mereka dalam bentuk West. The diversity nampak macam ada yang tak kena. Kalau semua diuniformkan ke dalam era Jepun, dalam bentuk experimental, aku rasa lebih kemas. Kerana aku agak terganggu, sometimes lagu Barat, sometimes lagu Jepun. Kalau betul-betul mahu bermain dengan diversity, maka diversified keseluruhannya. Tidak hanya terhad pada dua tamadun sahaja. Entahlah… itu aku. Orang lain mungkin suka.

Setnya ringkas, dengan kain pelbagai warna yang terjulur ke bawah, memang cantik setelah dipadankan dengan design cahaya yang recycle. Tak kisahlah, asalkan cantik dan menepati konsep experimental. Kod warna pada kain juga tidak tetap, kerana ia experimental, mungkin cuma meggambarkan mood.

Set juga nominal dengan hanamichi yang turut membantu. Cuma patutnya set itu lebih kemas. Jika ada lubang-lubang yang tak sepatutnya, patutlah dipalam. Oh… by the way, penari-penari masquerade itu seeloknya diperhalusi lagi. Biarlah cantik, kerana aku rasa tarian mereka tidak membawa apa-apa erti, cuma melambangkan satu majlis tari-menari. Maka biarlah puas orang menengoknya.

Secara total, ini pementasan yang cater the audien. Aku puas tengok. Tapi semestinya boleh diperbaiki lagi dari segi estetika, serapan nilai akademik yang dipelajari dan sebagainya. Keseimbangan perlu ada, bak kata Master Yoda.

If you want to experiment, experiment sungguh-sungguh. Let it out!

Lupa pulak, teater ni dalam bahasa Inggeris. Tu yang ulasan aku pun macam pasembur.

17 March 2006

Pemain - Ulasan Yang Terpulas

Gelap kopi malam dan malam sebelumnya tidak berjaya menentang kuasa lampu kuda pacuan satu roda aku, yang nawaitunya menentang nafsu aku untuk menyengkang mata menonton Pemain di Panggung Sasaran USM.

Pemain, diarahkan oleh Azhar Yahya, dilakonkan oleh Mohsein A. Kadir selaku pemain, Milyana Arshad selaku kekasih pemain dan pegawai penyiasat serta Mursyid selaku adik pemain serta pegawai penyeksa.

Entahlah…… hati aku berbelah bahagi sebenarnya. Antara kagum dan tidak. Kerana penilaian aku adalah subjektif dan bertakuk pada aras mereka yang baru hendak mula mengarah, hendak mula mengeksperimentasikan idea, hendak mula menyalahgunakan kuasa pengarah dan hendak mula telan paracetamol setiap malam kerana sakit kepala.

Pelakon pun begitu jua.

Pada aku, secara keseluruhannya bagus (ingat tanda aras yang aku guna, jangan pula samakan dengan Puteri Gunung Ledang The Musical atau 12 am). Kerana tahap kreatif pengarah telah berjaya tertonjol melalui tatacahaya. Penggunaan gobo bingkai penjara dan lapikan cahaya atas cahaya serta kombinasi warna yang sesuai telah berjaya menimbulkan mood cerita.

Set yang kosong nampak macam otak pemain yang kosong. Tapi malangnya aku tidak nampak kekangan ke atas pemain. Pemain harus tertekan, dikekang; dan pada aku ruang yang sempit lebih membantu.

Lakonan juga boleh tahan; bagus bagi watak pemain, okey bagi dua lagi pelakon. Mursyid sebagai adik tampak lompong tanpa mainan emosi mimik muka, hanya lantunan suara yang menyelamatkannya. Milyana pula tampak seperti cermin yang berjalan, kerana tidak banyak beza gestura antara kekasih pemain dengan pegawai penyiasat, kecuali lantunan suara dan mimik muka tanda ubah emosi.

Mohsein bagus, tapi masih boleh diperbaiki. Kerana banyak masa nadanya menjadi mendatar. Meskipun ada turun naik nada pada tangga-tangga emosi, tetapi tidak membantu kerana takuk nada cuma dua tiga jenis saja. Tapi mainan gesturanya banyak menghidupkan cerita.

Teknik soal siasatnya menarik kerana seksaan telepati membuang rasa mengantuk audien. Teknik dwi fokus bila pemain terbayangkan kekasih dan adiknya juga menarik kerana pemfokusan pada watak adalah jelas. Kurangnya hanya pada lakonan.

Cuma bila menonton sebuah kisah yang penuh dengan falsafah ini, aku rasa pengarah telah mengabaikan audiennya (dan aku pasti itulah yang kebanyakan pengarah projek ini akan buat kerana mengutamakan panel penilai, markah mereka lebih penting). Audien ada yang mengantuk, ramai yang tidak faham.
Tidak faham tidak mengapa kerana adalah elok pada peringkat universiti, pengarah memprovokasi otak mahasiswa dan siswi agar tidak beku dengan suapan pensyarah, agar caj-caj elektron dalam otak berfungsi memikirkan "Apa kejadah pengarah ni nak cerita? Oooo ini adalah ini, itu adalah itu....".
Tapi punch dan impact juga penting agar audien akan tertarik dan rasa puas membayar RM 3.00 untuk menonton. Keseimbangan itu perlu ada.

Tanpa audien, kalian buat teater apa?

Aku ini naïf dan daif seni. Ulasan aku sebagai audien biasa yang tiada ilmu formal dalam teater janganlah disalah sangka. Sekadar apa yang terbuku, terasa, terfikir.
Mungkin aku salah, tapi seni itu subjektif. Tiada yang salah atau betul dalam seni.

16 March 2006

Kisah M

Bab 1

V : M, lepas ni bila pelakon ni lalu kat sini, 'tap tap', hang buka general terus.
M : Okey!

Dan pelakon pun masuk.

V: Oi M! Mana lampu?
M: Hang tak kata 'tap tap'!
V: Mo#%^* F@#%&$ !!!!

Bab 2

M: A, nak angkat partition ni ka A?
A: (Senyap)
M: Oi, partition ni nak angkat ka?
A: (Senyap)
M: A, partition ni nak angkat ka? Satgi aku tak angkat hang jangan marah aku pulak!
A: M…….. yang tu kotak. Yang tinggi ni partition……..

Bab 3

Menggunakan walkie-talkie

M: Okey A, standby untuk intermission, standby intermission, standby intermission.
A: M….. la ni dah intermission pun!

Bab 4

C: Hang kena ubah lampu tu mai belah ni.
M: Lampu tu?
C: Ya.
M: Belah ni?
C: Ya...
M: Lampu tu mai belah ni?
C: Ya…
M: Nak kena ubah?
C: Ya!
M: Nak kena ubah?
C: Ya kena ubah!
M: Nak kena ubah?
C: Ya!!!
M: Lampu tu kena ubah?
C: &%$#@*^@!!!

Nota : Tak semestinya ada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah ajal.

14 March 2006

Marilah mari, mari menonton!

Esok akan bermulalah mimpi ngeri bebudak (kena panggil bebudak juga walau ada cikgu cikgi yang pangkat emak di situ) Lakonan & Pengarahan, Pusat Pengajian Seni USM untuk mempersembahkan lakonan dan pengarahan masing-masing. Repertoirenya pelbagai; ada teater Inggeris, ada teater Melayu, ada teater realisme, ada teater eksperimental, ada dari naskhah dari pelbagai zaman.

Hampir tiga tahun belajar, inilah hasil yang akan dipersembahkan. Membuktikan sama ada mereka ini pandai bermain teater atau bermain-main teater. Aku faham sangat perit jerih mereka ini untuk menghasilkan satu produksi. Maklumlah masing-masing sama ada kurang atau tidak ada langsung pengalaman. Dan kelemahan utama yang aku dapat kesan ialah dari segi pengurusan. Bukan saja mereka, malah banyak Badan Bukan Kerajaan lain yang aku ketahui begitu (kebanyakan, tetapi tidak semua). Abaikan saja kelemahan yang itu, tumpukan pada garapan bebudak ni.

Pada yang berminat, aku sertakan maklumat persembahan.

15 & 16 Mac 2006 – Pemain karya Johan Jaafar
18 & 19 Mac 2006 – Red Carnation karya orang putih yang aku tak kenal
21 & 22 Mac 2006 – Mayat karya Hatta Azad Khan
24 & 25 Mac 2006 – Sawo karya S.M. Noor
27 & 28 Mac 2006 – Protes karya Dinsman
30 & 31 Mac 2006 – Nur karya Marleeny Deen Erwan
3 & 4 April 2006 – Haus karya orang putih yang aku tak kenal
7 & 8 April 2006 – Dewan Persidangan adaptasi Mahkamah Keadilan

Semua persembahan di adakan di Panggung Sasaran USM, jam 8.30 malam. Tiket-tiket boleh didapati di Box-office. Aku tak pasti berapa harganya, tapi aku rasa tiga ringgit. RM 3.00 je, minyak motosikal lagi mahal. Bagi yang kat Tanjung, aku jemput kalian datang menonton sebagai tanda sokongan.

Satu perkara lagi, tahniah buat Art Ziafrizani, sahabat aku yang berjaya memenuhkan kapasiti The Actors Studio Greenhall selama 3 malam berturut-turut. Walau aku tak sempat nak iklankan From My Bed di sini (sorry bang, waktu tu line internet aku kong), tapi sambutan sangat memberangsangkan. From My Bed terdiri daripada empat monolog dalam bahasa Inggeris oleh empat manusia yang kaumnya berbeza.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pula dengan sambutan teater Melayu (sebenarnya aku dah membebel panjang tentang audien, produksi, promosi, teater Melayu, teater Inggeris dan yang sewaktu dengannya semalam. Tapi komputer aku diserang virus, menyebabkan aku tak sempat memuat naik bebelan aku. Hari ini aku dah malas, mungkin lain kali). Aku menunggu produksi hang yang baru Art!

Apa-apa pun, seni untuk hidup (sebenarnya kehidupan, aku malas nak panjangkan).

10 March 2006

Titi Bengkok

Tak lama lagi titi bengkok menggantikan tambak lama yang lurus akan dibina. Walau belum mendapat kata putus dari orang Temasek, tapi kerja-kerja awal telah diteruskan.

Ada dua kebimbangan aku:

i. Titi itu akan terus jadi gajah putih yang belalainya bengkok sekerat terusan.
ii. Hubungan dua hala juga akan semakin bengkok seperti jambatan itu juga.

Harapnya kedua itu tak akan terjadi.

Tapi adakah mungkin tidak terjadi?

Mungkin juga terjadi bukan?

08 March 2006

Maka Terbukalah Rahsia

Hari tu aku tengok salah seorang sahabat aku masyghul sugul. Jarang aku tengok dia macam tu. Nak kata berkelahi dengan bini, dia bujang lagi. Nak kata berkelahi dengan girlfriend, dah lama dia tak berkomitmen dengan siapa-siapa. Nak kata ada masalah kewangan, lembu kambing yang dia jual tak pernahnya cukup. Lalu aku sebagai sabahat yang baik hati dan suka jaga tepi kain orang pun bertanyalah.

Aku : Awat hang?

Dia : Tarak pa pa.

Aku : Toksah dok pemohong aku la.

Dia : (Diam)

Aku : Awat along mai cari ka?

Dia : Along mana pulak?

Aku : Kot la hang ada hutang along. Kalau takat RM10 bole la aku nak tolong.

Dia : $%*#! hang. Bila pulak aku hutang along?

Aku : Abis tu aku tengok dok macam kodok tak dapat ayaq pasai pa?

Dia : Rahsia aku tak lama lagi nak terbongkaq.

Aku : Rahsia apa? Hang bunting anak dara orang ka?

Dia : Hishh…… ada ka pulak lagu tu.

Aku : Abih tu?

Dia : Marka aku dah bocoq rahsia.

Aku : Ohh….. ada marka dah ka? Terer hang berahsia. Aku ingat tak dak lagi. Rahsia apa? Dia bocoq apa? Sapa marka hang? Budak Tanjung Tokong ka?

Dia : Keluaq paper kelmarin……

Aku : Keluaq paper? Sapa? Marka hang? Sapa marka hang?

Dia : Siti Nurhaliza……….

Dan itulah kali terakhir aku akan tanya dia.

06 March 2006

Kawan: "Aku tak kira, kau ganti balik!" / Aku: "Eh!"

Satu hari aku dan kawan aku yang datang luar dari Penang nak cari benda makan yang sedap tapi simple dan murah.

Aku: “Awak nak makan nasi lemak sedap?”

Kawan: “Sedap sangat ke?

Aku: “Antara yang tersedap di Penang ni. Bungkus dengan daun pisang semata-mata”

Kawan: “Betul sedap?”

Aku: “Betul…. Kalau tak sedap aku ganti duit kau balik”

Kawan: “Berapa sebungkus?”

Aku: “RM 1.00”

Kawan: “Biar betul kau. Murah siot. Bungkus kecik kot?”

Aku: “Besar la brader.”

Kawan: “Okay, aku percaya kau. Kau tipu aku, kau bayar balik duit aku!”

Aku: “Aku jamin, gerenti sedap punya! Kalau tak sedap aku bayar double!”

Kawan: “Baik. Kau nak berapa?”

Aku: “Dua”

Aku pun bawa kawan aku ke lokasi yang dimaksudkan. Dia turun dari kereta pergi beli nasi lemak, aku parking jauh sikit sebab tak ada tempat. Lepas beli dia datang.

Kawan: “Sial kau! Tipu aku!”

Aku: “Eh, kau tak makan lagi mana boleh kata aku tipu kau! Mana aci?”

Kawan: “Bukan masalah rasa, tapi harga sebungkus dah RM 1.50! Malu siot, dahlah duit aku tak cukup. Siap pakai duit syiling, pastu sorang awek tu tolong bayarkan lagi 30 sen tau!!”

Aku: “Bukan main marah kau….”

Kawan: “Malu tau tak! Aku tak kira! Kau bayar double duit aku!!”

Aku: “Eh?”

Hairan aku, rasa aku baru dua tiga hari lepas harga nasi lemak tu RM 1.00. Daun pisang dah nak pupus kot?

Si Jali- jali

"Ini dia si Jali-jali,
Rasanya enak, rasanya enak manis sekali......."

Siapa tahu apa itu si Jali-jali?

Sejenis makanan?

Melayu Tanah Melayukah? atau Melayu Indonesiakah?

Manis macam gulakah? Manis macam madukah?

Siapa tahu?