02 July 2007

Ayob - Ulasan Yang Terpulas

Festival Teater Pulau Pinang 2007 muncul lagi. Kali ini buah mula dimulakan oleh orang yang baru nak mula berteater. Anak Pentas Teater MRSM Transkrian telah mementaskan Ayob yang diarahkan oleh Amy, skrip Ahmad Nizam Ramli dan olahan oleh Mohamad Yusoff Sheikh Ismail.


Mak dan Mak Long. Antara antagonis dan protagonis. Ayob merupakan sebuah kisah kekeluargaan. Kisah berebutkan tanah. Stereotaip masyarakat Malaysia yang masih berlaku hingga ke hari ini. Ceritanya mudah difahami, tak perlu perah otak melihat apa di sebalik apa.


Angah dan Ucu. Ucu paling terpelajar. Angah mengambil alih tugas ketua keluarga, membuat keputusan dalam pelbagai pekara. Sebagai sebuah kumpulan yang baru, dan juga para pelakon yang mungkin baru kali pertama berlakon, aku harus puji semangat mereka. Lakonan mereka mungkin tidak merangsangkan jiwa, tapi sebagai orang baru, lakonan mereka sudah lebih dari mencukupi. Harapnya mereka akan meneruskan minat ini, menjadi pelapis teater.

Ayob budak terencat akal, Penghulu yang bijaksana. Kelemahan utama pementasan ini terletak pada olahan cerita. Sebenarnya, kelemahan pelakon boleh ditutup dengan kebijaksanaan pengarah. Contohnya bila latar muzik yang sesuai diletakkan pada adegan tertentu, ia secara automatik membangkitkan mood. Biarpun nampak macam cerita Tamil, tapi ia berkesan!

Memang ada babak yang sebenarnya boleh menyentuh hati sekiranya dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Jiwa manusia khususnya masyarakat kita mudah tersentuh dengan adegan sedih, penderaan, pembalasan dan sebagainya. Semua itu pada lakonan dan kreatif pengarah.


Produksi yang menjayakan Ayob. Ramainya kaum hawa dan kaum yang satu lagi. Tak kisahlah, asalkan ada pelapis. Walaupun ada kekurangan, tapi setidaknya mereka mencuba. Mereka baru dan mereka berani mencuba sesuatu yang baru. Semua produksi pasti ada kekurangan. Tahniah buat mereka!

Seterusnya........ Senang Beringin Sdn. Bhd.


14 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

memang patut dipuji.walaupun baru first time dan jangka masa latihan cuma 2 minggu,tapi ada benda yang setaraf dengan yang dah tua-tua ni.mungkin sebab penasihatnya yang ultra dasyat.

jinggo said...

memang best la....
satu semangat yang baik di tunjukkan oleh kumpulan ini.... ada jugak part yang menyentuh hati...............
taniah untuk kumpulan ini.............

DeeN said...

Walaupun aku tak penah belakon [walaupun ada org kata aku ada bakat, jika digilap lebih sket ... cecececeee] teater dan tak pernah menonton teater secara live, tapi aku TABIK SPRING dengan pelakon-pelakon teater walaupun hanya amatur. Sebab apa? Sebab aku tak ada kemahiran utk beraksi di depan khalayak sebegitu. Puncanya, lutut aku selalu ketaq bila kat pentas. Sungguh!

- G O R O - said...

Wah komentar dari Otai2 teater memberangsangkan.... Bila sebut Ayob, teringat Chicken Chop Ayob Cafe kat Kota Damansara.... Kalo geng2 pulau mai sini, leh bawak gi sana...

pjoe said...

wah!

*clap2!
bagus2, ini yang kita mahu.
pelapis untuk masa depan.

artisticklytouch said...

macam cerita tamil? ha ha baguslah kumpulan ini terus berteater selepas pementasan hari merdeka tahun 2006. semoga mereka terus bergiat selepas sekolah nanti.

tapi yang tak bestnya kenapa kotak yang digunakan masih ada lambang Bangsawan chak ding chak ding? memang sengaja dibiarkan atau tidak sengaja dibiarkan ha ha

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Ultra berbayar.

Jinggo
Itu kelebihan jurulatihnya.

Nuraddeen
Try la sekali, insyaallah tak ketaq lutut dah lepas tu.

Goro
Otai? Manalah otai. Kami pun baru belajaq. Otai dah tak masuk dah benda-benda macam ni.

Nezjoe
Yah...

Art
Gambaq ni masa raptai penuhlah. Set baru ja siap, tak sempat kemas.

DiaHarris said...

tak pernah tgk teater. teringin gak nk gie tgk..

Anonymous said...

en peg khalwat,
jumaat lps, jenguk ja muka kat pej U**O, saya diserbu oleh cik Liana n cik Yati dgn soalan-'hang kenai dak En *toot*, USM?'
maka, tercengang-cengang la saya ini sbb tak taw sapa dia depa sebut tu.. lps dh abis keje baru depa habaq hal sebenaq...lega.
insyaAllah, say cuba seday upaya pi tgk teater en.peg khalwat yer.
maybe menumpang pi dgn liana kot.sbb x ingat jln dah.:p

cempakabiru

Anonymous said...

so.., bila turn lu plak bro.. buat d KL la.. mau tgk.

jinggo said...

senang beringin sdn. bhd.

Bunga Rampai said...

Salam,

Musim panas teater :)
Teruskan berpulas-pulasan dengan ulasan terkini. Saya baca.

p/s DD - masa pementasan berapa lama, bermula jam berapa? Terima kasih.

AiRynnz said...

dah terlalu lama rasanye x tgk teater...tingin la plak

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Senang betul.

BR
Bulan ini berpulasan saja nampaknya dek show selang satu malam.

DD - masa pementasan 45 minit, mula lepas azan Isyak.

Airynnz
Jangan biarkan minat itu hilang.