19 May 2006

Cikgu vs Cikgu

Hari itu, aku turun ke kampung sempena program seni di desa yang aku ikut. Singgah kedai makan, dengan cikgu yang membantu aku.

Cikgu B : Kita memang penuh dengan aktiviti sepanjang bulan ni. Budak-budak darjah 6 dah semua akan ikut seminar teknik menjawab soalan.

Cikgu A : Tapi seminar yang kita nak buat ni seminar motivasi. Tak ada sangkut paut dengan menjawab soalan. Cuma nak bagi motivasi pada budak-budak tu untuk yakin menjawab.

Cikgu B : Kami bukan apa, tak mau budak-budak ni keliru dengan teknik menjawab soalan. Nanti penceramah ni kata lain, penceramah sorang lagi kata lain pulak. Tak skor UPSR takut orang kata nanti.

Cikgu A : Kalau ikutkan, memanglah program ni program seni. Tapi seni kita bukannya nak ajar budak-budak ni jadi artis. Dia orang ni nak kenalkan seni budaya lama yang budak-budak ni pun entah tak kenal.

Cikgu B : Tapi kalau orang kampung ni tengok seni dia nampak Mawi.

Cikgu A : Sebab itulah dia orang buat program ni. Tak mahu ingat seni itu Mawi. Dia orang bawa wayang kulit, gamelan, keroncong, muzik asli. Semua yang lama-lama. Oleh kerana kita tak mahu orang nampak program ni seni semata-mata, kita selitkan ceramah motivasi. Yelah, kita tak tahu penerimaan orang kampung pada seni macam mana.

Cikgu B : Tapi kalau budak-budak ni tak skor, orang akan kata jugak. Akan kait jugak dengan benda-benda macam ni.

Cikgu A : Kalau macam tu tak apalah. Kami buat ni pun bukan melalui sekolah, kami cuma sebarkan melalui mulut saja. Kita tengoklah berapa ramai yang berminat. Tapi kalau budak-budak darjah 6 mai jugak, cikgu nak kami halau ka?

Dan debat laksana Dewan Rakyat itu berterusan. Aku dan teman kerja terus menjamah cucur udang dengan tauhu rendang.... Percuma..... Orang belanja.....

8 comments:

Anonymous said...

hahaha! no komen!

Unknown said...

first, thx 4 visit my blog, u r welcome in future.

fenomena mawi really make an eye opener to everyone especially dlm dunia seni. elok juga kalau pelawa mawi buat ceramah motivasi heh heh heh....

artisticklytouch said...

uiks, tak citer pun turun kampung.

*aku sudah boleh bercyber

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
Ha ha ha... cikgu tak berani nak komen cikgu....

Halogamora,
Pelawa dengan air liur saja tak jadi. Tak ada ribu keping not 50, lupakan jela.

Azan,
Bila hang nak tubuh kelab Anti Mawi? Basheer bole jadi s/u.

Art,
Aku cerita apa, masa training Isnin tu. Outstation kata aku...

Bunga Rampai said...

Dalam seni ada budaya, budaya adalah identiti bangsa. Jika dipupuk dan disalurkan dengan betul, seni dapat memertabatkan bangsa.

Salam.

Pandang Dengar Diam said...

suka dengan tulisan kamu dan nanti cuaca nk pinjam beberapa potong pujanga....boleh kan!

Pegawai Khalwat said...

Bunga Rampai,
Betul! Setuju!

Cuaca,
Terima kasih.

Silakanlah, aku pun memetik saja kata-kata orang.

Korakora said...

banyak sangat program dan kelas tambahan utk budak2 yg nak ambik periksa. walaupun periksa tu hanya dinamakan upsr.

aku bimbang. budak2 tu nanti jadi bijak secara artifisial. bukan semulajadi.

apa2 lah aku melalut.