13 July 2007

Devian Dogma - Bukan Sebuah Ulasan

Aku lega. Ya, Devian Dogma telah selesai dipentaskan di Auditorium P.Ramlee sebagai salah satu tuntutan Festival Teater Pulau Pinang. Kalau selalu yang menilai terdiri daripada audien yang menonton. Tapi kali ini bukan sekadar audien, tetapi juga panel penilai profesional.

Ada beberapa perubahan yang aku buat pada set, pada corak pertukaran babak dan kostum. Tapi konsepnya masih sama. Aku juga berhasrat untuk memantapkan lagi lakonan para pemain. Tetapi aku hanya mampu merancang.

Salah satu watak utama telah cedera parah di bahagian lutut semasa latihan. Memaksa aku membekukan latihan selama seminggu, selain daripada mengurangkan impak dan pergerakan yang agresif, di mana telah mengubah serba sedikit skema pengarahan aku.

Revolusi dalam jangka masa pendek memang banyak natijahnya. Sebab itu aku mengambil masa yang panjang mementaskan naskhah ini agar aku dapat menghasilkan sesuatu yang paling baik.

Tapi tidak mengapalah. Bukannya aku menyalahkan sesiapa. Dan aku sedikit pun tidak kecewa. Melihatkan aku sangat bangga dengan para pemain yang memberikan komitmen yang ultra luar biasa. Begitu juga rakan-rakan dari konsortium yang turun membantu, sedangkan aku tidak dapat pula membantu pementasan mereka secara serius sebagaimana mereka.

Terima kasih pada semua.

Perjalanan kita masih belum selesai. Masih ada baki dua pementasan di Tanjung dan mungkin di Terengganu dan Kuala Lumpur, jika ada rezeki lebih.

Tahun hadapan, masa untuk membentuk pengarah baru pula.

Siaplah!

14 comments:

Anonymous said...

TQ....!TQ..! apa-apa pun semua sudah selesai.
lepas ni nak pergi kat mana pun tak pe.....tapi ingat jangan lupa buat show kat IPOH....hahahahaha...

Anonymous said...

bro, thanks coz jemput pi tgk.for the 1st time saya tgk teater. sgt2 puas hati, x boring langsung.
so harap2 menang la ekk:)

hana

Butaseni@Wan Raja said...

pengarah baru?masakan boleh menandingi dewa!

DeeN said...

Wah!
Wah! Wah!
Wah! Wah! Wah!
Wah! Wah! Wah! Wah!
Wah! Wah! Wah! Wah! Wah!

Aku begitu suspek dgn ko! Syabas, behta!! ;)

Butaseni@Wan Raja said...

waktu belajar,kau guru ku.
waktu kurang ajar,kau musuhku!
sayang,umur masih muda tapi sudah mahu tinggal di kubur!
aku nak mengarah crita tu tahun depan!hang pelakon utama(Ahmad B)

sinaganaga said...

kalau mai KL - beritahu! kita jumpa.

pjoe said...

di kl bila?
wah,menarik ni!

Anonymous said...

walaupun daku bukan peminat teater akan tetapi macam menariks saja utk diminati.

Bunga Rampai said...

Tahniah Bro!

KL?

Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Kagum dengan kau dan team kau juga. :)

zizie ali said...

Terengganu? Bila?

tuan tanah said...

Tahniah :)

Pegawai Khalwat said...

Anony
Duit pun tak dapat nak pi Ipoh guano?

Hana
Jemputlah datang lagi ke mana-mana pementasan.

Butaseni
Ini bukan hal bertanding. Ini nak bagi peluang sama rata, supaya kelak tidak dikata satu orang itu saja yang bagos.

Naga
Ada ongkos, kami sampai, kita jumpa, hang bawak ramai-ramai mai tengok.

Nezjoe
Bila ada ongkosnya.

Sitilina
Kena cuba baru tau. Tak kenal maka tak cinta.

BR
Nanti!

BP
Ini keja berpasukan. Takda team ni, tak jadi jugak.

Zizie
Bila ada ongkosnya.

TT
Makasehh!!!

artisticklytouch said...

2004:
kita buleh menang. pelakon lelaki dapat kat hang, hang ameklah duit menang tu. pelakon pompuan dapat kat f*****, duit tu pun amek kat dia. duit johan, kita masuk sikit dalam persatuan. pengarah terbaik punya duit aku bagi ka H***** sikit sebab pakai nama dia. hang jangan risau, la ni kita duk di ranking yang pertama.

2005:
surrealist!! aku bertanding bukan untuk menang tapi untuk menguji diri aku ja. sorrylah aku tak menang, pada aku apa guna kehebatan kita diiktiraf oleh 3 orang juri yang tidak pernah tahu penat lelah dan passion kita pada dunia teater.

2006:
RM11,000

2007:
Insya-Allah...