08 July 2007

Ulasan Yang Terpulas - Plastik

Plastik karya Fae telah dipentaskan oleh Persada UiTM Pulau Pinang. Diarahkan oleh Amerul Akmal. Bagi sebuah kumpulan yang berteraskan tarian, aku rasa mereka telah berjaya menggunakan sepenuhnya bakat tarian mereka untuk dikoordinasikan dengan pementasan teater. Dan memandangkan ini percubaan pertama mereka di dalam pentas teater, aku boleh katakan mereka telah berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sesetengah kumpulan yang telah lama mengambil bahagian di dalam festival ini.

Sebuah kritikan sosial yang secara terang dan terus, tentang sifat hipokrit manusia. Tiga isu dibentangkan melalui tiga watak manusia; lelaki yang dayus, wanita yang materialistik dan lelaki yang keliru jantina. Dan diwujudkan pula suara watak-watak ini yang menjadi penghasut logik setiap perbuatan mereka. Orang gila pula, sebagai watak protagonis walau pada akhirnya dikatakan juga lari dari sifat hipokritnya. Mudah. Visual suara hati tiga memulakan gerak.


Semestinya ada anomali yang ketara di dalam pementasan ini. Lakonan kesemua watak boleh diperbaiki lagi, walaupun harus aku puji kerana lebih baik dari sesetengah kumpulan lama yang ada. Ruang yang terlalu luas terbazir dengan pelakon yang sedikit serta kurangnya penguasaan ruang. Naskhah ini lebih kepada pernyataan demi pernyataan, jadi tiada hubungkait yang jelas antara watak terutamanya orang gila dan seperti sebuah cerita tanpa plot. Jadi terpulanglah kepada pengarah untuk menggarapnya. Sama ada mahu mencincang halus atau menelannya bulat-bulat. Visual lelaki, suara hati lelaki dan orang gila sedang berdebat.


Membuat sebuah cerita tanpa hubungkait watak, latar dan sebagainya tidak menjadi masalah sebenarnya. Tapi sebagai sebuah cerita, jalinan itu harus wujud dan nampak ketara. Filem Cinta dan Go adalah contoh yang mudah. Dalam Plastik, orang gila cuba dibangkitkan sebagai jalinan itu, tapi sayangnya watak ini tidak ditonjolkan permasalahannya. Ia cuma dijelaskan pada pengakhiran cerita dengan suara yang berdialog dengan dirinya sendiri. Adalah sangat menarik jika sedikit asal-usul watak ini dikembangkan agar dapat dicerna oleh penonton. Visual memaparkan watak wanita dan rakannya yang dalam proses mendapatkan papa manis.


Walaubagaimanapun, pujian harus aku berikan kepada kumpulan ini yang aku dapat tahu paling berdisiplin. Inilah yang kita mahu, disiplin di dalam teater. Selain daripada itu, sistem blackout untuk pertukaran babak dilakukan dengan pantas dan cantik, tanpa mengganggu konsentrasi audien. Sesuatu yang amat boleh dibanggakan bagi sebuah kumpulan yang baru. Nasihat aku pada kalian ini, banyakkanlah menonton teater, maka kalian akan dapat ilmu secara tidak langsung. Pedulikanlah cerita itu bosan atau tidak, baik atau tidak. Kerana disebalik limbahan pasti ada permata tidak kira kecil atau besar. Visual orang gila dengan tekanan perasannya, digambarkan melalui warna merah menyala dan pergerakannya.


Produksi yang telah menjayakan Plastik. Kami harap akan dapat bertemu kalian lagi di tahun hadapan. Dengan muka-muka baru. Janganlah berhenti sekerat jalan. Festival ini bukan tentang kemenangan, tapi tentang kepuasan dan hubungan sesama kita orang seni.

Seterusnya.....Degup Jantungnya.

7 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

UiTM dihatiku....
kumpulan yang berpotensi,kalau mempunyai lebih masa nescaya mutu lakonan dan pengarahan boleh ditingkatkan lagi.Aku minat dengan skirip ni,walaupun first timer,,aku amat berbangga dengan super jonior aku ni semua mua hahaha.Peg Khalwat,hang buat crita ni dan direct lah,aku nak jadi orang gila ni.hihihi

Anonymous said...

UiTM di hatiku jua...:)

artisticklytouch said...

eleh...tau ka nyanyi lagu Uitm? aku tau hehe seingat aku, setahun lalu agak payah untuk menembus tembok kebal kampus mereka. Larha dan segala macam alasan aku dengar alih-alih ada grup performing arts plak. Baguslah. Hopefully penggiat2 tanjung boleh turun padang berbengkel dengan diaorang nih...

kepada dak2 nih, berani buat teater lagilah...mintak duit dengan mus di s.alam

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Suruh aku pulak mengarah. Hang tu mai try mengarah.

Kamarul
UiTM satu Malaya ada takpala.

Art
Dulu lain Art. Rasanya masa tu student tak ramai lagi. Bengkel?

DeeN said...

PERGH!!!

Er.. aku tak pandai nak mengomen!! Harap maklum!!

kerisLekuk7 said...

mereka memang berdisiplin di pentas,melakukan kerja,menepati masa,antara kumpulan yg berdisiplin laaa pd kali ni.
tak sia2 buat kursus teknikal...ada juga yang ambil guna/pakai apa yang diajar sebelum FTN.

Pegawai Khalwat said...

Nuraddeen
Sedia maklum.

Keris
Ya.