26 July 2007

Ulasan Yang Terpulas - Ayu Si Puteh

Kalau di Tanjung, ABAD boleh dianggap sebagai kumpulan teater yang elit. Hadir mereka di pentas yang pastinya berkerusikan VIP. Kami kumpulan-kumpulan yang baru dan lama ini ibarat belalang di padang yang penuh helang. Jadi bila ABAD hadir dengan Ayu Si Puteh karya Senibayan arahan Azrul Azizi, mereka dinanti-nantikan. Dan sememangnya mereka tidak mengecewakan.

Membawa sebuah cerita yang mengisahkan pancaroba seorang janda beranak satu yang cacat, yang juga seorang primadona Mak Yong di kampungnya, yang terpaksa meneruskan sisa-sisa hidup dengan bermain Mak Yong. Suaminya seorang Peran, meninggal dalam kemalangan di laut, anaknya cacat, tidak dapat mewarisi titih Mak Yongnya. Dia sering diganggu oleh seorang lelaki yang menggilakannya. Penceritaan yang terus, adalah sebuah kisah tidak lengkap yang pada aku disengajakan oleh penulisnya, bagi mengajak audien berfikir, ke mana lagi Mak Yong ini boleh diwariskan. Visual Puteh, primadona Mak Yong sedang membayangkan ibunya Fatimah sedang menari Mengadap Rebab.


Kalau Resdong boleh hadir dengan produksi 7 hari, ABAD hadir dengan produksi 5 hari. Masih panas dengan sebahagian besar pelakon dan krunya terlibat dalam Bangsawan Bakawali di Panggung Bandaraya tempoh hari, mereka segera bertukar angin kepada Mak Yong di dalam produksi ini. Tidak sempurna, semestinya. Tapi tetap berlaku yang aku boleh katakan sebagai kesalahan, bukannya kesilapan yang dilakukan oleh pelakon. Ada ketika kontinuiti lari, ada ketika terkeluar perkataan moden, masalah overshadow dan sebagainya. Visual Sidin suami Puteh sedang menyanyikan lagu buat Puteh dan anaknya.


Naskhah ini dicincang oleh penulisnya sendiri. Memilih untuk memasukkan unsur kekaguman Mak Yong, suatu perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh kumpulan amatur yang lain di Tanjung kerana tiadanya kepakaran dan sumber. Selain daripada itu, mis en scene juga disusun, daripada penceritaan, komedi, ketegangan dan sedih. Ketara dalam setiap satu adegan. Suatu kerja yang play safe pada aku, cukup sesuai menarik perhatian audien dengan permainan emosi sebegini. Visual Puteh dengan anaknya Ayu yang cacat


Aku tahu, masa yang tidak mencukupi cukup mencacatkan perancangan Sutradara. Tapi sepatutnya sebagai sutradara, perancangan harus dibuat lebih awal. Tapi perlaksanaan juga tentunya mengambil masa. Kekangan-kekangan inilah yang wujud dan jarang diambil perhatian oleh kumpulan-kumpulan teater amatur. Ada yang sekadar melepaskan batuk di tangga. ABAD bernasib baik kerana mempunyai sumber dan kepakaran yang tidak terhad. Mereka ada adiguru teknikal, Mak Yong, tukang-tukang pembuat set, kru yang mencukupi, pelakon yang berbakat dan sebagainya. Pakej ini membolehkan ABAD tampil dengan meyakinkan walau tidak cukup latihan. Tapi kalau yang berbuat itu, sebuah kumpulan yang cuma ada pelakon atau ada pengarah sahaja, maka jahanamlah!

Tahniah kepada ABAD. Aku yakin, jika mereka bersungguh-sungguh dan ada masa latihan dan persediaan yang cukup, pementasan ini akan menjadi sangat mantap. Harapnya jika mereka menjadi juara, berusahalah bersungguh-sungguh ke peringkat kebangsaan. Dan gagaulah sekali lagi piala untuk Tanjung, seperti mana mereka dah buat tahun 2002.

Seterusnya............ Waktu Sesudah Itu.

6 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

tidak ada sebab kenapa mereka harus kalah,dan tiada sebab kenapa mesti ada yang pertikai jika kumpulan ni menang dan melangkah ke peringkat kebangsaan.Asu si Putih memang ada ciri2 untuk bertanding di FTM 08.cukup semuanya.tp itu semua andaian aku yang amatur lagi butaseni ni,hakim dan juri adalah yg berkuasa dan arif untuk menentukan.

Butaseni@Wan Raja said...

aku tak malu kalau kalah dengan depa ni.mmg power.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah ABAD!

jinggo said...

memang power......
best.....
eeerrmmmmmmmm....
tapi.........
ada yang kata tak bagusss.......
aku tak tau la tang mana silapnya....
mungkin silap pada prodaksi Ayu Si Puteh atau silap pada yang bercakap itu.......
aku ada jugak buat andaian.....
setiap andaian aku tu memang meleset.....
abad memang hebat.....
mereka ada semua pekej dalam bidang ini......
boleh kata 99% warga USM ada ngan abat... dari pensyarahnya sampai lah ke pelajarnya......
memang mereka ada semua yang di perluka dalam bidang ini.....
macam kata ku pada salah seorang pengajar dari sana....
depa bukak mata masuk kelas belajag teater, lepas kelas terus belakon dan tak payah fikir benda lain lagi.....
kami yang kat sini.......
bukak mata terus pegi kerja..
balik keja baru nak belakon.....
banyak benda yang nak di pikir kan....masa untuk berteater tak la banyak sangat....
tapi yang pastinya persamaan abad dengan kami adalah minat dalam dunia ini.....
apa pon abad memang elit....
satu group yang memang hebat.....
kehebatannya tak boleh dinafikan....
tahniah abad.....
aku suka cita tu..........


.... waktu sesudah itu........
eeeerrrrrrmmmmmmmmm.............

tegezoot said...

Apa pun depa ada Degree...

artisticklytouch said...

depa ada mamu...

hampa punya mamu??