Ada empat watak, tapi disebabkan penarikan diri salah seorang pelakon di saat akhir telah menyebabkan perubahan yang major di dalam susunan watak. Akibatnya, berlakulah dominasi tiga watak yang secara tidak langsung telah memakan watak yang keempat. Satu kerugian yang besar, kerana aku lihat watak keempat juga tidak kurang hebat lakonannya. Visual ketua kampung cuba merogol isteri salah seorang anak buahnya.
Naskhah ini melibatkan perubahan babak. Dari gelendangan ke kawasan kampung ke kawasan pejabat ke kawasan gelendangan kembali. Resdong telah memilih agar perubahan pada watak itu hanya berlaku di dalam pemikiran para pelakonnya. Dengan menggunakan bahan-bahan buangan dan sampah yang ada, maka mereka telah mencipta dunia mereka sendiri. Tetapi anamoli yang terlihat adalah pada pencahayaan dan watak keempat. Bila watak keempat tidak di bawa masuk ke dalam dunia ciptaan mereka ini, perubahan pada pengcahayaan seperti tidak ada kontinuiti dengan watak. Visual watak keempat sedang mencetuskan rasa lapar bagi menghalang watak kedua dan pertama bergaduh.
Sebab itulah, aku kira, jika Resdong tidak berlatih hanya 7 hari, tetapi 7o hari, maka akan hadirlah tahap hampir sempurna seperti yang telah mereka capai dalam pementasan mereka sebelum ini iaitu Jebat. Tidaklah aku salahkan mereka, kerana sebagai penggiat amatur yang punya kerja hakiki yang lain, fenomena seumpama ini sukar untuk dielakkan. Walaupun yang bermain teater ini bukanlah orang yang ada ilmu khusus di dalam bidang teater, tetapi yang penting mereka mahu buat, daripada pandai bercakap saja tapi satu apa pun tak ada. Visual setiausaha sedang menjelaskan jadual harian kepada boss di pejabat korporat.
Seterusnya....... Salah Siapa?
6 comments:
resdongggggssssssss......
memang hebat walau ada apa2 hal sekali pon........
resdongssss.. ada li.....
taniah resdong.......
kita ada degree,depa ada li.mmg li tu lah tulang belakang.dalam masa 7 kali practice,bagi aku dia berjaya bawak watak dia jauh lebih baik dari pada yang peactise 7 bulan macam aku.hahaha harap dia dapat hattrick!
eh eh ada man!!!
eh eh pondan lagi!!!
"kami ada degree, hampa ada li, lanun, wak, MAN, sting, sape ntah lagi aku tak ingat dah ha ha"
korang harus terus berteater walau apa pun yang terjadi
terima kasih kerana membawa aku menghidu bau Festival Teater Kebangsaan
Siapa yang menyediakan latar belakang ala-ala grafiti itu. Berrseni!
mereka memang jaguh............mereka digelar JAGUH DI TELUK BAHANG hahahahhaha
jaguh ya....
waktu belajar kau guru ku.....
waktu kurang hajar kau musuh ku....
har har har har har har har.......
sayang umur masih muda......
tapi sudah mau tinggal di kubur....
Post a Comment