04 July 2007

Ulasan Yang Terpulas - Senang Beringin Sdn. Bhd.

Senang Beringin Sdn. Bhd. oleh kumpulan GABUS Belia 4B Cawangan Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Pengarah Mohd Fauzi Mohd Radzi, karya Jamly Bahrulddin
Pemuda bersama orang tua misteri, serta gadis yang berada dalam lipatan silamnya. Menurut kata pengarah, mereka memang tidak punya banyak masa untuk membuat latihan. Sebab itulah aku nampak banyak compang camping dan anamoli.

Menteri cuba memujuk pemuda yang tinggal di atas pokok, kerana mempertahankan pokok beringin itu dari ditebang atas alasan pembangunan. Naskhah yang dipentaskan ini falsafahnya berat kerana bermotifkan pembangunan dan politik. Tapi mungkin kerana masa tidak mencukupi serta kekurangan pengalaman, maka pementasan ini tidak digarap secukup rasa pada aku.


Penjara dibikin dengan sempurna. Jelas pada pandangan audien bahawa itu adalah sebuah penjara, bukan kandang harimau. Maknanya maklumat yang ingin disampaikan kepada audien itu sampai. Tetapi sayangnya ia tidak digunakan sepenuhnya. Pementasan ini banyak bergantung harap kepada pemuda yang juga pengarah, yang paling banyak memberikan nafas dan tenaga di dalam pementasan ini.


Orang tua atau bapak pemuda disesah oleh golongan yang satu lagi. Sepatutnya adegan ini boleh menjadi klimaks pada penceritaan. Sayangnya, kerana pementasan ini cuma berusia lebih kurang 30 minit, 15 minit kurang dari kehendak festival teater. Ceritanya baru mendaki, tapi tiba-tiba mati.


Apa-apa pun, tahniah kepada GABUS. Walau dalam kesibukan menghasilkan dua buah pentomin untuk projek mereka sebelum ini, tapi mereka tetap berusaha untuk memeriahkan festival teater. Tanpa mereka yang mencuba, mana mungkin akan ada penggiat teater seperti kami.

Seterusnya........ Baju Emas Sang Maharaja.

16 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

walaupun alasan sibuk dengan persembahan yang lain dan masa menjadi ukuran namun asas-asas dalam lakonan seperti blocking dan artikulasi tidak boleh diketepikan,kan?
aku rasalah........

sinaganaga said...

oit2! bila kau nak tolong aku buat set utk Maskara?

Anonymous said...

gambar I:
kelihatan seperti seorang perempuan datang ke sebuah rumah berpagar tinggi utk bertemu kekasihnya tp dihalang oleh penjaga pintu kerana cinta mereka telah dihalang oleh ibu kekasih. kelihatan sedang baring di belakang adalah abg kekasihnya yg sebenarnya berniat jahat & menaruh hati terhadap perempuan itu.

gambar II:
pakcik nasron sedang memasang bendera sempena kemerdekaan negara ke-50.

gambar III:
penjaga pintu pagar asrama sedang mendengar alasan sorang pelajar yg balik lewat dr outing.

gambar IV:
pakcik2 ini sedang mengutip sampah dan diisi dalam kereta sorong utk dibuang ke tempat pelupusan.

gambar V:
anak2 muda & golongan tua bersama2 menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

--jgn mara.. tgh bosan nih. :D

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Sekurang-kurangnya depa mau jugak buat. Takla ada yang dah siap skrip beberapa bulan tapi berhajat nak tarik diri dek kekangan yang sendiri punya pasal.

Butaseni
Oit... nantila.....

Sitilina
Ha ha.... menarik tu. Gambar saja akan memberi tafsiran yang berbeza-beza. Lepas ni akan ada lagi gambar tau. Nak tengok apa pula komen hang.

Psss.... Pakcik Nasron?

Butaseni@Wan Raja said...

hehehehe dia nak jaga standard,kalau dia buat tak best,habislah reputasi dia. hehehe

- G O R O - said...

bila agaknya kami dapat menjamah hasil seni kamu semua di Kota LUmpur ini?

pjoe said...

wah satu lagi produk anak muda
bagus2
teruskan usaha murni tu

jinggo said...

senang-senang-senang-susah.....

adaptasi baju mas sang maharaja............
eerrrrmmmmm........

blackpurple @ jowopinter said...

Tak mengapa. Kecil-kecilan dulu, lepas ini ada rezeki dan peluang buat di Istana Budaya pula. :)

artisticklytouch said...

kenapa bukan senang berangan? ha ha aku memang suka menyakitkan hati orang ramai. Ini pic rehearsal jugak ke? nampak compang dan campingnya. tapi kenapa ya, kalau scene pokok, kena letak pokok atas stage. Kalau scene UFO ke, kapal terbang ke, syurga/neraka ke..perlu ke semua itu berada di atas stage? encik ha ump suka benar kumpulan ini..ha ha

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Memba baik hang jugak.

Goro
Insyaallah. Perancangan tu ada. Tapi tengoklah kalau ada rejeki lebih baru boleh pergi. Makan kos juga nak pergi balik dan maintain beberapa hari di sana.

Nezjoe
Yah... sama la hang. Teruskan berband.

Jinggo
Errm... hebat. Dah tau ada dalam ranking 1 2 3.

BP
IB cuma suka muzikal saja dan orang yang ramai. Kami ni, kalau dikumpul semua pun belum cukup kuota.

Art
Entah, aku tak tanya pulak penulisnya.

Ini bukan rehearsal, ini betul-betul!

crunchyahcock said...

aku tag kamu kawan

Ku Keng said...

Bro., sepatutnya pesalah menutup muka mereka dengan menyarungkan T-Shirt ke kepala. Baru real.

Salam.

Anonymous said...

moralnya, jgnlah anda percaya pada cerita di dalam akhbar. ia lebih kepada penafsiran si wartawan yg menulis dlm bentuk trengkas yg dialihtulisan ke dalam bahasa yg mudah dibaca (ada reporter sini mampos aku).

alamak aku tak penah tgk teater la.

Butaseni@Wan Raja said...

seterusnya.....Baju Emas Sang Maharaja!

Pegawai Khalwat said...

Ahcock
Tarak keja la tu.

Keng
Betoi jugak. Nanti saya buat.

Sitilina
Ya... teater terbaru aku ada menyebut tentang tu.