Satu perkara yang istimewanya tentang pementasan ini ialah pemilihan campuran warna lampu yang membantu membangkitkan mood. Warna yang digunakan tidak mendatar dan dipelbagaikan. Tetapi kekurangan yang ketara aku lihat di sini ialah kontinuiti kesan dari kehadiran pelita ayam. Pada awal adegan, cahaya dikurangkan pada katil Ludin, tapi diterangkan apabila kakaknya Limah membawa pelita ayam. Tapi apabila pelita ayam itu kekal, lampu pada Ludin kembali digelapkan bila kakaknya keluar. Mungkin pengarah ada sebab tersendiri. Visual Tok Bageh dan Tok Minduk mengubati Ludin.
Bagi sebuah kumpulan yang baru, hasil yang telah mereka tunjukkan harus dipuji. Mereka ada di antara dua, komitmen dan berseronok. Naskhah Ludin oleh Abdul Aziz HM merupakan hasrat beliau untuk menunjukkan perubatan itu sendiri di samping menyelitkan jalan cerita dan sedikit humor. Sebagai pengarah baru, rasanya beliau tidak begitu jelas tentang tuntutan naskhah. Tapi memetik kata-kata Dr. Samat Salleh, kalau dah nak cincang, cincang betul-betul dan rempangkan betul-betul. Jangan buat separuh masuk. Visual Ludin dan doktor, yang memberikan ubat yang pelik-pelik seperti lumpur, tahi kambing dan sebagainya.
Untungnya kumpulan ini kerana mempunyai koleksi para pelakon yang berbakat. Lakonan mereka tidak kaku seperti batang pisang. Kalau dilatih lagi, ada mempunya peluang untuk membuat pementasan lagi, aku yakin mereka akan dapat menyaingi barisan pelakon senior yang ada. Asalkan ada kemahuan, ada komitmen dan tidak berhenti sekerat jalan. Visual Ludin bersama kakaknya Limah yang membawa ubat untuk adiknya yang demam.
Seterusnya....... Titik Mula Titik Akhir oleh Naib Johan Festival Teater Kebangsaan 2006.
14 comments:
yup itu satu pementasan yang menarik.....
di harap lepas ni ada yang terus bertapak dalam dunua teater......
errmmmmm.......
titik mula titik akhir.... yaaaaa...
aku tak tengok semlm,tapi aku dengan show ni 'fun'.ada juga yang berminat nak join kita aku dengar,ye ka?
Wah!
Wah! Wah!
Tepuk! Tepuk! Tepuk! Walaupun aku tak tengok. Burn lah dalam vcd hehe
assalamualaikum, tumpang lalu-lalang..... betul ler, teater tak divcd kan ker?
Eloklah kalau ada pelapis yang muda-muda macam itu.
Comel prop2nya terutama katil dan almari plastik yang rabak itu. :D
Jinggo
Errmmm...? Errmmm boleh?
Butaseni
Hang tergolong dalam kalangan orang yang rugi.
Nuraddeen
Aku cuba. Nak kena dapatkan kebenaran jugak.
Maksu
Err... hang bacala komen atas.
BP
Aku setuju! Haha... itu tak termasuk teddy bear lagi.
peh, sungguh berseni! caiyok..
Salam,
Err..tumpang tanya.
Saya terlepas keretapi. Baru tadi terdengar di radio tentang FT07.
Boleh tau bila dan di mana?. Kalau masih sempat saya akan iklankan di blog saya.
TK
eeeeeeeeeeeee ruginya aku rasa :P
mlm tu aku bersukaria hahahaha
Nunn
Tapi belum cukup bagi sesetengah orang.
Jiwarasa
Boleh semak arkib aku untuk bulan Jun.
http://arts4life.blogspot.com/2007_06_01_archive.html
Butaseni
Tau, pulun tak ingat member.
Saya baru ke sini
syabas untuk mereka..........
ok jgk la...i dengar citer ni best...walau pun praktis last minute....
ok jgk la...i dengar citer ni best...walau pun praktis last minute....
Post a Comment